Showing posts with label My Story. Show all posts
Showing posts with label My Story. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

Bintang Tiga Naikkan Pangkat Aku!

25 Februari 2011, Kapitan Mirul telah menaikkan pangkat aku menjadi Timbalan Ketua Soljar. Hahaha.. tak sangka betul, serius memang aku join pun sebab dia acu rifle avtomat kalashnikov kat gegendang telinga aku. Dapat timbalan pun kira bagus sebab ada ramai kawan-kawan lain yang berebut jawatan ni dengan aku. Suka di ingatkan aku sama sekali tak mengamalkan politik wang mahupun politik keganasan dalam situasi ni..


Sila abaikan carutan aku kat atas tu.. aku tengah happy sebenarnya sebab berjaya menyiapkan assignment 2 minggu lepas yang dateline-nya esok dalam tempoh semalaman sahaja.. sila jangan amalkan budaya last minute macam aku ye..

Okey, sembang matang.. aku dapat jadi runner-up untuk Edit Photo Battle yang dianjurkan oleh Empayar Bintang Tiga. Diaorang ni memang power dan gerek dalam bab yang melibatkan Photoshop dan HTML (aku puji ni.. sila naikkan nilai prize aku boleh?hahaha..) Oh ya.. aku submit photo ni untuk contest tu..


p/s: hari tu aku ada terbaca satu soalan dalam Blog Pilihan Malaysia, apakah pengalaman manis sepanjang berbloging? haha.. jawapannya "menang contest yang dianjurkan oleh blogger lain dan hasil amatur aku tu dihargai oleh orang lain".

Sunday, January 9, 2011

Poster Aku Sudah Kena!

Yoshh!! Poster yang aku edit berdasarkan trilogi Godfather dah kena hadiah saguhati dalam contest anjuran Hakim Zailan. Kalau tengok contestant lain, poster-poster diaorang pun gerek-gerek dengan ada yang datang dengan idea yang original. Skill boleh belajar, tapi idea susah nak dapat beb!

Ni ha poster yang aku pertaruhkan haritu.. simple je..


Untuk tulisan "The Blogger" tu.. korang boleh download kat dafont.com. Nama font ni Corleone. Imej tangan tu pun ada sekali dalam set tu..

Untuk kepala tu kena godek-godek sikit, bergantung kepada kualiti dan pencahayaan stock photo korang. Potong pakai lasso dan lepas tu desaturate-kan (Shift+Ctrl+U) photo tu. Lepas tu main-main sikit dengan level dan brightness & contrast. Untuk smooth-kan bahagian muka tu aku pakai smudge tool. Bahagian mata, mulut dan rambut touch up la sikit pakai brush; guna warna hitam untuk buat bayang gelap.

Simple je.. stail amatur!!

Wednesday, January 5, 2011

Terima Kasih Cik Qaseh!

Woot.. woot! Hahaha, tak sangka plak aku boleh menang contest ni; bulan lepas aku ada join contest anjuran Cik Qaseh.. dan hasil amatur aku tu dah dipilih sebagai salah satu pemenang..(err, betul ke ayat ni.. sila abaikan kesalahan tatabahasa aku..)


Aku memang tak sangka nih, contestant suma datang dengan hasil yang aku tak pernah terpikir dan ramai plak tu join contest ni.. tak silap dalam 500++.. lu memang femes Qaseh..

Ok, aku edit pic tu simple je.. 3 mende je korang kena ada; idea, kesabaran dan platform(kat sini aku guna Adobe PS CS3).. Tool dalam PS tu pun aku guna yang simple-simple je..

Untuk model-model tak berbayar tu, warna aku terangkan sikit guna Image-Adjustment-Curves..
Then, aku potong pic tu guna Polygonal Lasso.. Sama jugak dengan pic lain.. layer memang berlapis-lapis la.. sebab nak dapatkan hasil ala-ala 3D, pic keluar dari frame gambar..

Untuk awan, kaler tu aku rich-kan guna HDR effect.. potong jugak, aku pakai 2 layer untuk awan tu.. Untuk pelangi tu aku guna teknik masking dan lasso semata-mata.. So, basically semuanya aku guna teknik potong dan tampal.. try la, yang penting.. idea kena ada! Chill!!!

Friday, December 17, 2010

Nostalgia Komik Hong Kong!


Korang penah baca komik-komik ni? Kalau pernah, tahniah! Usia kita memang tak lari jauh la.. Aku ingat lagi masa tu komik-komik Hong Kong memang femes, manga dari Jepun masa tu orang pun tak biasa dengar lagi.. orang dengar Doraemon tu pun dari siri animasi je..

Kat kawasan aku, komik paling femes time tu Pendekar Laut.. kalau main semua berebut nak jadi Pendekar Laut, paling menarik tentang komik ni adalah konsep belang tarung. Hahaha.. sampai kalau ada urat timbul atau parut kat dahi tu budak-budak panggil belang tarung. Komik Pendekar Laut dan francais dia je iaitu Wira Tunggal yang ada belang tarung. Komik len mana ada kan? hahaha..Masa tu, antara watak paling kuat dalam komik Pendekar Laut ialah Pendekar Laut(Pai Cheung Lang, Jerung Raksasa, Orga The Killer Whale(ni pun aku minat gak ni..) dan Penjejak Neraka. Jalan cerita komik ni panjang gila siot, sampai beberapa generasi dan ada sambungan di komik Wira Tunggal plak..


Cara mati pun unik, kalau komik lain wataknya mati berdarah kena tetak.. dalam komik ni wataknya (hanya yang mempunyai kuasa je..watak biasa mati macam biasa) mati samaada badan diaorang berkecai macam kaca atau berkecai jadi kiub.. hehe,unik siot!


Sini aku listkan komik-komik HK lain yang femes time tu (untuk orang yang lahir antara 80an-90an);
1. Pendekar laut
2. Wira Tunggal
3. Raja Rimba
4. Pedang Setiawan
5. Jengking Merah
6. Golok Keramat
7. Senjata Misteri
8. Alam Perwira
9. Juara-juara Kembar
10. Guruh Badai

Friday, November 26, 2010

Kids & Baby Photo Contest

Hoh, aku kena tag dengan Ain Ilyana untuk join contest ni. Tak pe, sebagai lelaki yang agak gentle aku sahut cabaran walaupun hadiah dia aku tak boleh pakai.. dan senarai contestant dah panjang!! Contest ini adalah anjuran SweetLikeKisses.

Banner Contest
Setiap contest mesti ada reward kan? so reward contest ni adalah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.

Tarikh tutup adalah 30 November 2010. Bagaimanapun tuan contest boleh tamatkan contest ni sesuka hati dia..
Contest  ni mewajibkan contestant meletakkan pic anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

So,aku letak la pic aku ni dan aku suka pic ni.. 

Aku memang rider sejak azali!!
Lepas tu kena tag 8 orang maksimum. So, aku tag kengkawan dan geng blogger aku nih;
Cik Ashkan
Incik Hedayat7
Incik Angin
Cik Linda
Cik Nana
Prof Emiritus Aziz
Cik Yana
Incik Pengetua Skoloh

Monday, November 22, 2010

Contest Makan Ayam!!

Aku tengah blogwalking jumpa satu contest ni, senang.. xpayah merepek tulis entry panjang-panjang.. just snap pic korang makan ayam dan create satu entry bertajuk 'Contest Makan Ayam'. Aku duk godek-godek folder tak jumpa plak pic gelojoh aku.. jumpa yang ni je.. hentam sudah.. hehehe.. Jom join reramai dengan klik banner di bawah ni.. xmo join pun xpe pasal kurang la competitor aku dan secara xlangsung peluang aku cerah.. hahahaha...



Ni satu-satunya pic yang ada gambar ayam dalam simpanan aku.. bleh tak?boleh la kot..

Monday, November 15, 2010

My Story: Selamat Hari Raya Aidil Adha!!

My Story: Sesi Lepas Geram di It's A Hit Batting Cage!!

Aku pernah tulis entry tentang batting cage di One Utama,Damansara dulu. Dan untuk ke sekian kalinya aku ke It's A Hit Batting Cage yang terletak di Upper Roof,One Utama dengan office mate aku..




Price rate untuk game ni pun dah berubah, dah murah dan berbaloi aku rasa untuk sesi melepas geram,hahaha..
15 biji bola = 1 Token = RM5
150 biji bola= 10 Token= RM30 (RM3 per token,lagi murah kalau main ramai-ramai)
Hitting ratio aku pun dah naik sikit dengan 13/30. Hahah, kalau nak banding dengan masa 1st time main.. so, sapa yang follow aku masa 1st time tu nak repeat jom ar!! Otot bahu aku pun sengal-sengal lagi + mood tak keluar lagi hari Isnin, meh tengok aksi hari tersebut..


Angenzz
Nips Buzzed
Tuan Punya Blog
Hedayat 7
Era Bear
Diyanne
Apey Malique
Dan dalam keluar lepas geram tu pun, rupanya ada birthday surprise untuk aku dan Apey Malique. Thanks guys!!



Friday, November 5, 2010

My Ride: Ride Santai Cameron Highland 2010

Ahad,31 Okt 2010- aku join ride yang di organizekan oleh salah sorang forumer Yamaha FZ150i Enthusiasts. Ada la dalam 20 buah motosikal jenis Yamaha FZ150i dari central region join konvoi ke Cameron Highland. Konvoi bergerak secara santai (ye ke?) dengan speed antara 100km/j-130m/j. Konvoi mendaki ikut Simpang Pulai dan turun melalui Tapah. Antara stop point yang konvoi singgah adalah;
  • Boh Tea Centre
  • Ladang Strawberry
  • Pasar Tani Cameron Highland
  • Tanah Rata
  • Brinchang
  • Air Terjun Lata Iskandar
Antara pic yang aku curik dari forumer yang bawak camera time tu.. aku xde camera :(

hensem x aku?wahaha..

aku xsure nama tempat ni.. tapi boleh dikatakan puncak la.. ramai bikers berenti lepak sini time ni..

On the way ke Boh Centre.. hijau dan sejuk.. ni teh real ni..

dekat Boh Tea Centre.. sejuk seh.. atas ni ada cafe.. aku beli sandwich,kek strawberry n teh gunung chantek.. pic xde pasal aku xde camera..

masa ride turun ikut tapah.. layan corner abis.. naik kereta xrasa sangat.. ride moto,pergh!!

Tuesday, October 26, 2010

My Story: Aku?Bouncer?

Masa zaman study dulu memember selalu panggil aku bouncer.. haha.. maybe sebab saiz aku yang macam dinasor.. haaa.. ni rupa aku kalu aku jadi bouncer.. kacak x? wahaha..
p/s: gambar asal dari Fast & Furious 5 "Dwayne 'The Rock' Johnson"

Monday, February 8, 2010

My Story: Sesi Kedarah Di Pulau Indah

Beberapa ari lepas, aku ngan member aku ke Pulau Indah.. masing2 dah teringin nak makan seafood.. tapi xmo pegi kedai biasa2.. so,pegi la jauh skit.. Tanjung Harapan,kat area North Port.. ni 2nd time aku pegi.. (1st time masa Sesi Berbuka Eversite.Org tahun lepas). Gerak seawal pukul 3.30pm.. takut traffic jam ngan sesat pnya pasal.. haha,last2 tersampai awal plak.. kedai pun xbukak lagi.. so melepak la tepi benteng tu.. gila lama nak tunggu..


Ni 3 orang punya makan, hahaha.. ikan siakap masak 3 rasa, udang goreng tepung (besar punya udang.. haha.. 1kg rm80.. kitaorang amik sampai 1.5kg.. gila eh..), kerang rebus, kailan ikan masin ngan air sirap 1 jug(hahaha..bajet nak jimat la..tengok bil jap lagi)


Ni bil.. hahaha,3 orang punya makan.. masa sampai bil ni.. suma muka cool je keluar duit.. dah keluar kedai berpeluh-peluh beb.. hahaha..


Camne pun, kitaorang still rasa puas hati lagi.. makan pun sedap, environment pun ok.. (xmacam masa 1st time aku datang dulu la..) ni scene yang sempat kitaorang rakam masa makan malam tu..




Wednesday, December 30, 2009

My Ride: Jamboree Pertama FZ150i 2009

Pada 25hb Disember 2009 yang lalu Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum telah menganjurkan jamboree yang julung kalinya untuk pengguna Yamaha FZ150i. Aku berkesempatan join jamboree yang berlangsung selama 2 hari ni.. Nak2 ni 1st time aku ride secara besar-besaran. Sebanyak lebih kurang 52 buah FZ150i (geng Central dan geng Northern) terlibat dengan konvoi dari Tol Gombak sehingga ke Tol Lanchang. Jalan time tu agak sesak, mungkin sebab orang dah mula balik kampung sebab cuti krismas.

Tetapi dengan bantuan Marshal konvoi bergerak lancar. Di Tol Lanchang konvoi bertemu dengan konvoi beberapa FZ150i (geng dari Southern dan Eastern). Selepas sesi fotografi dan penyerahan T-Shirt FZ150i Adventure tajaan HLY Yamaha, konvoi bergerak ke Lanchang untuk makan t.hari dan solat jumaat. Kemudian konvoi ke Pusat Perhilitan Gajah K. Gandah. Seterusnya konvoi bergerak ke Kuantan untuk ke penginapan di Amansari Resort. Malamnya sesi BBQ dan karaoke di D'lounge BBQ Restaurant. Keesokan harinya, peserta jamboree diberi taklimat tentang Safety Riding dari pihak Yamaha dan sesi motivasi dari saudara Adrey (forumer Yamaha FZ150i Enthusiasts). Pastu ada sesi cabutan bertuah, dan lucky me aku dapat cap dari yamaha (genuine part) hehehe..

Untuk part 1 ni, aku letakkan sikit je gambar pasal ni je yang aku ada sementara nak tunggu CD dari Myenthusiasts.Org Production. Untuk tahun depan jamboree mungkin akan di adakan di utara. So pada kengkawan yang rasa teracun dengan FZ150i ni, beli la cepat! Tahun depan belah ride sesama..

klik for large view

Time menunggu geng-geng yang lain di Tol Gombak
Motor2 otai
Marshall2 yang bertugasBerkumpul di tol LanchangSesi bergambar di tol Lanchang
Jamboree FZ150i 2009
Akan bersambung selepas menerima CD dari pihak produksi. TQ

Tuesday, October 27, 2009

My Story: ITIS Team Building,Langkawi 2nd Batch

21hb-23hb Okt yang lepas aku berkesempatan mengikuti program team building.. wahaha,1st time jejak kaki kat langkawi nih.. masa aku baca tentatif program aku membayangkan boleh lagi ke aku ikut program camni.. dah lama xwat aktiviti fizikal macam ni.. Tapi bila dah sampai memang sangat happening... hehe.. ice breaking, mini explore race, jungle tracking(walaupun cuma sampai waterfall je), berakit kat laut.. totally memang happening..

Berikut adalah antara suasana masa team building.. (click for larger view)

Banner team building 2nd batch

Sesi Ice BreakingMasa ni tengah pikir camne nak amik botol tu tanpa badan melepasi tali..
Kerjasama berpasukan diperlukan sekali lagi
Aktiviti di Hutan Lipur Telaga TujuhAktiviti berakit di Pantai Pasir Tengkorak
Lineup ITIS Team Building 2nd batch

Thursday, October 15, 2009

Art: Chibi Me

Hari ni malas plak aku nak keluar wat job.. so ni la xtiviti membuang masa aku kat opis petang ni.. cuba men-chibi-kan diri sendiri.. lawak plak aku tengok.. hahaha.. tangan keras plak nak men ngan photoshop..bleh la.. 1st try..



Friday, October 9, 2009

My Story: Ada berani?


9 Okt 2009 - xsangka plak aku ada lagi durian ni.. ingatkan dah abis musim dah.. lupa plak tanya sapa yang organize makan durian ni.. so anggap je la division aku; ITIS (IT Infrastucture Services, TTDI) yang organize.. pasal majoriti orang kat sini memang orang ITIS.

Nak dijadikan cerita, masa aku turun ngan kroni2 orang memang dh ramai kerumun kemah durian tu..


Memang banyak durian, menu lain pun ada cuma xsempat nak snap je.. camera probs plak time2 camni.. Memang happening, suma orang enjoy makan durian.. haha, ITIS memang berani..