Sunday, October 31, 2010

Sembang: Misi Balas Dendam Berjaya

Kelantan akhirnya berjaya menjuarai Piala Malaysia 2010 dengan kemenangan 2-1. Tapi dalam menang tu ada jugak yang baling botol air dengan mercun. Adess!! Apa pun tahniah!!

Photobucket

Saturday, October 30, 2010

Art: Humpty Dumpty?

Pernah dengar lagu humpty dumpty? Lagu ni kira nursery rhyme.. aku rasa kat tadika dulu ada nyanyi ni.. kira sebaris dengan Twinkle Little Star dengan Ba Ba Black Sheep ar..

Humpty Dumpty sat on a wall,
Humpty Dumpty had a great fall.

All the king's horses and all the king's men

Couldn't put Humpty together again


Tapi aku bukan nak cerita pasal lagu ni, aku nak tunjuk camne kalu orang tukar jadi telur.. macam biasa la kalu dah xde projek tangan menggatal la wat mende bukan-bukan.. Gambar ni dah lama tapi aku nak tunjuk gak.. wahahaha..

Friday, October 29, 2010

Sembang: Repeat Final Piala Malaysia!!


Sejak prestasi pasukan negeri kelahiran aku merudum aku dah tak ikut sangat perkembangan bola sepak tempatan. Macam mana pun aksi untuk final Piala Malaysia 2010 ni memang aku nantikan, aku nak tengok macam mana sengitnya persaingan dua pasukan ini dan adakah perebutan Piala Malaysia ni akan bertukar menjadi medan tempur tomoi, mercun dan botol air? Aku bukan nak provoke.. aku cuma curious.

Kelantan ajak repeat aksi final 2009 dengan misi balas dendam mereka dan Negeri Sembilan dengan misi mempertahankan kejuaraan dengan masing-masing pada ketika ini di bebani dengan isu kecederaan dan masalah dalaman pasukan, tak termasuk pasal soal displin penyokong.

Kita tengok nanti yang mana paling gempak, Hoben Jang Hoben ataupun Gomo Kelate Gomo!!


Thursday, October 28, 2010

Sembang: Penunggang Motosikal,Mangsa??

Perkara ni dah lama aku perati. Aku merupakan salah sorang biker yang agak tegar. Pegi keje, pegi shopping, pegi jejalan, pegi mengular semuanya dengan menunggang mesin hitam aku tu. Setiap hari boleh dikatakan aku bersambung nyawa ke tempat keja apabila menggunakan mesin hitam tu. Bersambung nyawa? apasal bunyi teruk sangat? percaya atau tidak hampir 60% kenderaan berdaftar di Malaysia adalah motosikal dan hampir 40% kemalangan jalan raya melibatkan motosikal. Kesimpulannya motosikal adalah merupakan kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan dan kehilangan nyawa.

Mesti ada banyak suara-suara yang cakap "alah, mat rempit semua tu.." atau "tu la bawak moto xpakai otak.." atau "cilok lagi sana-sini.. kan dah kena". Pendek kata kalu yang buruk-buruk tu suma salah penunggang motosikal. Tak keterlaluan aku cakap kalau setiap kali ada kemalangan yang melibatkan kereta dengan motor mesti ada mulut-mulut yang meletakkan kesalahan ke atas penunggang motosikal. Malah pernah ada usul dari pihak tertentu supaya kerajaan mengharamkan motosikal. Mengom ke apa? apa? Cuma mat rempit ke yang pakai motor? Pak Haji, Pak Lebai yang pegi masjid nek motorsikal tu pun mat rempit gak ke? Golongan eksekutif muda yang pegi keje nek moto tu pun mat rempit ke? Jurutera dan pakar IT yang turun site nek moto tu pun mat rempit ke?

Antara punca kemalangan melibatkan motosikal dan kereta yang simple tapi selalu orang buat ialah menukar laluan tanpa memberi isyarat(tambah mengom kalau sebelah tangan je pegang stereng dan sebelah lagi pegang handset). Tak ke sakit kalau kena direct impact? sakit dowh.. Korang reti tak peraturan memotong atau menukar laluan? Aku qoute sikit la..

1. Periksa kenderaan di belakang termasuk blindspot(tang blindspot ni ramai failed)
2. Memberi isyarat sekurang-kurangnya 3 saat(ni lagi ramai yang failed, selalu bagi isyarat masa tengah memotong/menukar laluan..mengom!!)
3. Pastikan ada ruang secukupnya(mende ni pun orang xboleh nak ikut gak, asal ada space sikit pun nak mencelah gak.. memaksa kenderaan lain memberi laluan, bapak samseng!)

3 mende simple ni pun xde orang bleh ikut..

p/s: Majoriti rider adalah driver tapi bukan semua driver adalah rider!!

Wednesday, October 27, 2010

Sembang: RIP Paul da Octopus

26 Okt 2010, Paul si sotong yang famous secara tiba-tiba selepas ketepatan ramalannya time World Cup lepas mati pada usia 2 1/2 tahun. Tiada unsur khianat dipercayai terlibat.

Agak-agak ada tak insurans diisukan keatas sotong ni. Nilai sotong ni selepas World Cup South Africa tempoh hari tak boleh aku nyatakan dengan tepat tapi jutawan Sepanyol pernah nyatakan hasrat untuk beli si Paul ni dengan harga $41,467.87(EUR 30,000).
Tapi macamana pun si Paul still tak boleh nak beat nilai Green Monkey si kuda lumba pencen milik Demi O'Byrne yang bernilai $16,000,000.

Tuesday, October 26, 2010

My Story: Aku?Bouncer?

Masa zaman study dulu memember selalu panggil aku bouncer.. haha.. maybe sebab saiz aku yang macam dinasor.. haaa.. ni rupa aku kalu aku jadi bouncer.. kacak x? wahaha..
p/s: gambar asal dari Fast & Furious 5 "Dwayne 'The Rock' Johnson"

Sembang: I'm Back!!