Friday, November 12, 2010

Review: Website Menarik Untuk Download Icon

Hari ni aku nak share dengan korang, website yang best untuk korang cari icon. Sama ada untuk digunakan pada non-profit website ataupun untuk mencantikkan desktop korang..
Setiap icon di susun mengikut kategori dan boleh didapati dalam pelbagai saiz. Yang paling menarik, semuanya adalah FREE!!! hahahaha.. enjoy!





p/s: aku xde sebarang kena mengena dengan website ini.. xde sebarang keuntungan pun aku promote. Just nak share dengan korang je.. 

Thursday, November 11, 2010

IT: Tutorial Cipta Sendiri Folder Lock Korang!

Macam biasa projek tengah xde, so masa terluang aku dihabiskan dengan memain dengan mende yang aku sempat capai. So, arini aku nak tunjuk cara agak simple untuk buat folder lock korang sendiri. Alaa,xkan korang xbiasa dengan apa itu folder lock kan?

1. Open notepad

2. Taip balik kalau rajin atau copy je command bawah ni. (korang highlight code dan tekan CTRL+C)


@ECHO OFF
title Folder Private
if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto :UNLOCK
if NOT EXIST Private goto :MDLOCKER
:CONFIRM
echo Pasti Ke Nak Kunci Folder Ni?(Y/N)
set/p "cho=>"
if %cho%==Y goto :LOCK
if %cho%==y goto :LOCK
if %cho%==n goto :END
if %cho%==N goto :END
echo Pilih Betul-Betul La
goto :CONFIRM
:LOCK
ren Private "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
echo Folder Dikunci
goto :END
:UNLOCK
echo Masukkan Password Untuk Bukak Folder
set/p "pass=>"
if NOT %pass%== password123 goto :FAIL
attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Private
echo Folder Berjaya Dibuka,Yeaaa!!
goto :END
:FAIL
echo Password Salah Daaa
goto :END
:MDLOCKER
md Private
echo Berjaya
goto :END
:END
PERHATIAN!
Perkataan dalam MERAH tu korang boleh tukar ikut sesedap rasa korang.
Perkataan dalam BIRU tu adalah PASSWORD korang nanti. SILA TUKAR ikut citarasa korang.(Jangan Lupa Sudaaa..)

3. Bila dah setel, save file tu nama_apa_pun_boleh.bat (aku guna Peti Besi.bat)


4. Tutup notepad tu dan run file .bat tu. Masukkan password korang tadi. Satu folder dengan nama Private akan muncul.




5. Simpan apa-apa sahaja dokumen atau benda yang korang nak sorok dalam folder tu.


6. Dah setel?Run kan semula file .bat tu dan ikut arahan.


7. Abisss!! Kalau nak bukak balik folder tu,klik je file .bat tu dan masukkan password yang korang dah set tadi.. tadaaa!!

AMARAN:
-simpan password korang sebab password dan file xboleh recover balik
-jangan rename file korang setelah ia disimpan(secure). Kalau tak it will no longer protected!

Selamat Menggodek!!

Monday, November 8, 2010

Incik Telur

p/s: 1st attempt aku.. dalam kepala aku rasa lawak tapi bila translate rasa xlawak plak.. korang paham x apa aku nak sampaikan ni? aku dedicate kan katun ni pada member aku yang tengah berusaha nak build muscle..

Friday, November 5, 2010

My Ride: Ride Santai Cameron Highland 2010

Ahad,31 Okt 2010- aku join ride yang di organizekan oleh salah sorang forumer Yamaha FZ150i Enthusiasts. Ada la dalam 20 buah motosikal jenis Yamaha FZ150i dari central region join konvoi ke Cameron Highland. Konvoi bergerak secara santai (ye ke?) dengan speed antara 100km/j-130m/j. Konvoi mendaki ikut Simpang Pulai dan turun melalui Tapah. Antara stop point yang konvoi singgah adalah;
  • Boh Tea Centre
  • Ladang Strawberry
  • Pasar Tani Cameron Highland
  • Tanah Rata
  • Brinchang
  • Air Terjun Lata Iskandar
Antara pic yang aku curik dari forumer yang bawak camera time tu.. aku xde camera :(

hensem x aku?wahaha..

aku xsure nama tempat ni.. tapi boleh dikatakan puncak la.. ramai bikers berenti lepak sini time ni..

On the way ke Boh Centre.. hijau dan sejuk.. ni teh real ni..

dekat Boh Tea Centre.. sejuk seh.. atas ni ada cafe.. aku beli sandwich,kek strawberry n teh gunung chantek.. pic xde pasal aku xde camera..

masa ride turun ikut tapah.. layan corner abis.. naik kereta xrasa sangat.. ride moto,pergh!!

Thursday, November 4, 2010

Sembang: Jersi Baru Skuad Negara

Rabu kelmarin FAM melancarkan jersi terbaru skuad negara, masih menggunakan jenama Nike dengan motonya Just Do It, hahaha..

Apapun ni pendapat peribadi aku, buruk pulak design terbaru ni.. lawa lagi design lama, yang belang-belang tu.. Ni antara pic yang aku pinjam dari akhbar online tempatan.

Nampak macam jersi away skuad Piala Dunia Portugal pun ada..