Wednesday, November 25, 2009

Sembang: Resume yang pernah di terima MAS

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5XXX mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.


1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000

Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)

Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia

4. Pengalaman kerja
!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)
!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

Credit to: IT Space and Brothers

Saturday, November 7, 2009

Review: Mobster 2:Vendetta

Baru-baru ni aku dah terjebak dengan game web simulator yang ber-platformkan Facebook ni.. konsepnya macam Mafia War dari Zynga tapi dengan interface yang lebih menarik.. Mission diagihkan mengikut kawasan(world map) dan ada certain mission terdiri daripada flash game.. Ada konsep rival, teammates, hitlist.. Try for more experience..

Tuesday, October 27, 2009

My Story: ITIS Team Building,Langkawi 2nd Batch

21hb-23hb Okt yang lepas aku berkesempatan mengikuti program team building.. wahaha,1st time jejak kaki kat langkawi nih.. masa aku baca tentatif program aku membayangkan boleh lagi ke aku ikut program camni.. dah lama xwat aktiviti fizikal macam ni.. Tapi bila dah sampai memang sangat happening... hehe.. ice breaking, mini explore race, jungle tracking(walaupun cuma sampai waterfall je), berakit kat laut.. totally memang happening..

Berikut adalah antara suasana masa team building.. (click for larger view)

Banner team building 2nd batch

Sesi Ice BreakingMasa ni tengah pikir camne nak amik botol tu tanpa badan melepasi tali..
Kerjasama berpasukan diperlukan sekali lagi
Aktiviti di Hutan Lipur Telaga TujuhAktiviti berakit di Pantai Pasir Tengkorak
Lineup ITIS Team Building 2nd batch

Monday, October 19, 2009

IT: Create Shortcut for Shutdown

Isnin datang lagi, biasa la 1st day ni malas sikit nak bergerak.. so tangan aku aktif mencari ilmu-ilmu baru ni.. dan hari ni aku nak kongsi dengan korang macam mana nak create shortcut untuk shutdown pc.. actually mende ni pun bleh pakai untuk prank memember.. hehehe..

Caranya simple je,
1. Right click pada desktop>New>Shortcut
2. Kemudian, masukkan command ni.. Shutdown -S -t 0

3. Pastu, click je next>Finish..
4. Satu shortcut dengan title "shutdown" akan keluar pada desktop korang. Korang boleh ubah icon dengan title shortcut tu kalau korang ada niat nak prank member.. hehe..

p/s: macam biasa la.. try at your own risk

Thursday, October 15, 2009

Art: Chibi Me

Hari ni malas plak aku nak keluar wat job.. so ni la xtiviti membuang masa aku kat opis petang ni.. cuba men-chibi-kan diri sendiri.. lawak plak aku tengok.. hahaha.. tangan keras plak nak men ngan photoshop..bleh la.. 1st try..