Monday, November 29, 2010

HDR Effect Pada Photo Korang!


Ni ada satu cara simple untuk korang ubah gambar biasa korang jadi HDR. Apa itu HDR? High Dynamic Range; satu teknik yang membolehkan korang set image dengan satu julat dinamik luminance antara kawasan cerah dan kawasan gelap dalam satu imej dalam kaedah fotografik.

Cerita lebih kurang macam pic kat bawah ni la;
(Gambar original ehsan kak Era-Bear)

Sebelum

Selepas




Apa pun, efek lebih baik korang boleh dapatkan dengan lebih usaha. Kena rajin godek dan tweak.

Untuk yang lebih expert korang boleh gunakan Adobe Photoshop; tapi untuk lebih mudah korang boleh gunakan software ni; Dynamic Photo HDR dari mana-mana versi. Software ni shareware, aku tak jumpa lagi crack untuk software ni. Tapi dengan trial pun korang boleh hasilkan pic di atas. Kalau jumpa crack untuk software ni kongsi-kongsia ah dengan aku :)

Korang boleh download shareware kat sini;

Lebih info kat sini;

Friday, November 26, 2010

Kids & Baby Photo Contest

Hoh, aku kena tag dengan Ain Ilyana untuk join contest ni. Tak pe, sebagai lelaki yang agak gentle aku sahut cabaran walaupun hadiah dia aku tak boleh pakai.. dan senarai contestant dah panjang!! Contest ini adalah anjuran SweetLikeKisses.

Banner Contest
Setiap contest mesti ada reward kan? so reward contest ni adalah earring dari lazo diamond jewellery.white gold.

Tarikh tutup adalah 30 November 2010. Bagaimanapun tuan contest boleh tamatkan contest ni sesuka hati dia..
Contest  ni mewajibkan contestant meletakkan pic anda zaman baby,zaman anda budak budak,gambar adik anda,gambar anak anda,gambar anak saudara anda..

So,aku letak la pic aku ni dan aku suka pic ni.. 

Aku memang rider sejak azali!!
Lepas tu kena tag 8 orang maksimum. So, aku tag kengkawan dan geng blogger aku nih;
Cik Ashkan
Incik Hedayat7
Incik Angin
Cik Linda
Cik Nana
Prof Emiritus Aziz
Cik Yana
Incik Pengetua Skoloh

Thursday, November 25, 2010

IT: Prank Kawan Korang Dengan Matrix Digital Rain

Penah tengok Matrix? Ada scene yang tunjukkan sejenis matrix code yang turun macam hujan kan? Mende alah ni dipanggil Matrix Digital Rain.


So, hari ni aku nak tunjukkan macam mana korang boleh create satu batch file yang boleh menghasilkan effect ala-ala digital rain ni.. especially untuk prank kawan-kawan. Step dia macam ni,

1. Bukak notepad dan taip code kat bawah ni, kalau malas korang boleh highlight dan tekan CTRL+C untuk copy code ni.(Aku dah disable-kan right click,sorry!)

@echo off
color 02
:start
echo
%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%
goto :start

p/s: %random% tu korang boleh kurangkan atau tambahkan mengikut sesuka hati korang.. lagi sikit maknanya lagi kurang la digital rain yang keluar, yang aku buat tu bagi aku dah ok dah..

2. Then, korang save batch file tu as letakla_nama_apa_pun.bat

3. Setel, bila korang run-kan batch file tu hasilnya akan jadi macam ni.


Tambahan;
Korang boleh setelkan batch file korang macam tu je atau nak lebih jahat ikut langkah seterusnya di bawah ni,

4. Right click batch file korang tadi dan pilih 'Create A Shortcut'




5. Pastu right click shortcut tadi dan pilih 'Properties'

6. Then, pegi kat 'Options'tab dan pilih 'Full Screen' pada bahagian 'Display Option'.




7. Tak setel lagi ni, kita tambah sikit lagi efek dalam prank ni.. korang pegi balik pada 'Shortcut' tab dan pilih 'Change Icon'


8. Pastu korang pilih la icon yang agak boleh dipercayai dengan klik pada browse, selalunya icon Internet Explorer/Mozilla Firefox atau apa-apa je yang mangsa korang selalu guna. Jangan lupa tukar sekali nama shortcut tu ikut icon apa korang letak!

Cth:
Icon Internet Explorer selalunya ada kat sini;
C:\Program Files\Internet Explorer\iexplore.exe




9. Setel, pegi letak batch file tadi dengan shortcut korang tadi kat PC mangsa korang.. HAHAHAHA(gelak jahat!!)

p/s: Mangsa korang xkan boleh exit code tadi hanya dengan menekan Esc atau Enter.. kuncinya ada CTRL+C, pastu pilih YES. Atau CTRL+ALT+DEL. Sebarang percubaan adalah di atas risiko sendiri. Enjoy!!

Monday, November 22, 2010

Contest Makan Ayam!!

Aku tengah blogwalking jumpa satu contest ni, senang.. xpayah merepek tulis entry panjang-panjang.. just snap pic korang makan ayam dan create satu entry bertajuk 'Contest Makan Ayam'. Aku duk godek-godek folder tak jumpa plak pic gelojoh aku.. jumpa yang ni je.. hentam sudah.. hehehe.. Jom join reramai dengan klik banner di bawah ni.. xmo join pun xpe pasal kurang la competitor aku dan secara xlangsung peluang aku cerah.. hahahaha...



Ni satu-satunya pic yang ada gambar ayam dalam simpanan aku.. bleh tak?boleh la kot..