Thursday, November 25, 2010

IT: Prank Kawan Korang Dengan Matrix Digital Rain

Penah tengok Matrix? Ada scene yang tunjukkan sejenis matrix code yang turun macam hujan kan? Mende alah ni dipanggil Matrix Digital Rain.


So, hari ni aku nak tunjukkan macam mana korang boleh create satu batch file yang boleh menghasilkan effect ala-ala digital rain ni.. especially untuk prank kawan-kawan. Step dia macam ni,

1. Bukak notepad dan taip code kat bawah ni, kalau malas korang boleh highlight dan tekan CTRL+C untuk copy code ni.(Aku dah disable-kan right click,sorry!)

@echo off
color 02
:start
echo
%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%random%%
goto :start

p/s: %random% tu korang boleh kurangkan atau tambahkan mengikut sesuka hati korang.. lagi sikit maknanya lagi kurang la digital rain yang keluar, yang aku buat tu bagi aku dah ok dah..

2. Then, korang save batch file tu as letakla_nama_apa_pun.bat

3. Setel, bila korang run-kan batch file tu hasilnya akan jadi macam ni.


Tambahan;
Korang boleh setelkan batch file korang macam tu je atau nak lebih jahat ikut langkah seterusnya di bawah ni,

4. Right click batch file korang tadi dan pilih 'Create A Shortcut'




5. Pastu right click shortcut tadi dan pilih 'Properties'

6. Then, pegi kat 'Options'tab dan pilih 'Full Screen' pada bahagian 'Display Option'.




7. Tak setel lagi ni, kita tambah sikit lagi efek dalam prank ni.. korang pegi balik pada 'Shortcut' tab dan pilih 'Change Icon'


8. Pastu korang pilih la icon yang agak boleh dipercayai dengan klik pada browse, selalunya icon Internet Explorer/Mozilla Firefox atau apa-apa je yang mangsa korang selalu guna. Jangan lupa tukar sekali nama shortcut tu ikut icon apa korang letak!

Cth:
Icon Internet Explorer selalunya ada kat sini;
C:\Program Files\Internet Explorer\iexplore.exe




9. Setel, pegi letak batch file tadi dengan shortcut korang tadi kat PC mangsa korang.. HAHAHAHA(gelak jahat!!)

p/s: Mangsa korang xkan boleh exit code tadi hanya dengan menekan Esc atau Enter.. kuncinya ada CTRL+C, pastu pilih YES. Atau CTRL+ALT+DEL. Sebarang percubaan adalah di atas risiko sendiri. Enjoy!!

Monday, November 22, 2010

Contest Makan Ayam!!

Aku tengah blogwalking jumpa satu contest ni, senang.. xpayah merepek tulis entry panjang-panjang.. just snap pic korang makan ayam dan create satu entry bertajuk 'Contest Makan Ayam'. Aku duk godek-godek folder tak jumpa plak pic gelojoh aku.. jumpa yang ni je.. hentam sudah.. hehehe.. Jom join reramai dengan klik banner di bawah ni.. xmo join pun xpe pasal kurang la competitor aku dan secara xlangsung peluang aku cerah.. hahahaha...



Ni satu-satunya pic yang ada gambar ayam dalam simpanan aku.. bleh tak?boleh la kot..

Monday, November 15, 2010

My Story: Selamat Hari Raya Aidil Adha!!

My Story: Sesi Lepas Geram di It's A Hit Batting Cage!!

Aku pernah tulis entry tentang batting cage di One Utama,Damansara dulu. Dan untuk ke sekian kalinya aku ke It's A Hit Batting Cage yang terletak di Upper Roof,One Utama dengan office mate aku..




Price rate untuk game ni pun dah berubah, dah murah dan berbaloi aku rasa untuk sesi melepas geram,hahaha..
15 biji bola = 1 Token = RM5
150 biji bola= 10 Token= RM30 (RM3 per token,lagi murah kalau main ramai-ramai)
Hitting ratio aku pun dah naik sikit dengan 13/30. Hahah, kalau nak banding dengan masa 1st time main.. so, sapa yang follow aku masa 1st time tu nak repeat jom ar!! Otot bahu aku pun sengal-sengal lagi + mood tak keluar lagi hari Isnin, meh tengok aksi hari tersebut..


Angenzz
Nips Buzzed
Tuan Punya Blog
Hedayat 7
Era Bear
Diyanne
Apey Malique
Dan dalam keluar lepas geram tu pun, rupanya ada birthday surprise untuk aku dan Apey Malique. Thanks guys!!



Saturday, November 13, 2010

Review: Skyline (2010) - unsur klasik movie alien

AMARAN: Sapa tak mau spoil movie ni boleh abaikan post ini..
RATING AKU: 6/10 (boleh layan..)
INFO IMDB: http://www.imdb.com/title/tt1564585/



Penah tengok movie pasal alien? movie latest ber-title Skyline(harap maklum, ini bukan cerita pasal kereta.. malah langsung tiada kereta Skyline dalam movie ni) ada unsur-unsur klasik movie alien. Apasal aku cakap macam tu? Unsur klasik yang aku cakap ni, adalah cara alien kidnap manusia.. dengan menggunakan cahaya sedut(sedut?maksud aku angkat.. really?wat ever!!) manusia naik dalam spaceship encik alien ni.. aku kasi sikit la spoiler, nak lebih-lebih pi tengok kat cinema(kaki-kaki menyedut kena tunggu lama
sikit).

Cerita fokus pada sekumpulan manusia yang baru lepas ber-party dikejutkan dengan kemunculan cahaya biru secara tiba-tiba. Cahaya ni ada efek pada manusia macam dalam gambar kat bawah ni..


Bila jadi macam ni, manusia akan tertarik pada cahaya tu (macam kelkatu la plak) dan disedut (jangan persoal apasal aku guna perkataan sedut) naik ke spaceship encik alien tu.. dan yang terselamat dari disedut selepas kena cahaya tu ada efek macam kena toksin atau radiasi.. apa alien tu buat dengan manusia? haa.. ni efek klasik kedua, alien tu gunakan otak manusia sebagai sumber kuasa/tenaga diaorang..

Babak yang aku rasa menarik?
1. Bila B-2 Stealth Bomber dogfight dan mengelak drone alien untuk melaksanakan misi terakhirnya dengan spaceship encik alien.

2. Bila satu watak dalam movie ni bawak ferrari dan keluar parking basement untuk melarikan diri dan BAMMM!!(Unsur-unsur saspen ada dalam ni)

3. Babak terakhir dalam spaceship alien. Apa dia?sila tengok sendiri.. hahahah,spoil abis kalau aku cite semua..

Cukup tak racun aku ni?? Tak cukup layan trailer dan snapshot di bawah.


 
 

Enjoy!!