Wednesday, December 30, 2009

My Ride: Jamboree Pertama FZ150i 2009

Pada 25hb Disember 2009 yang lalu Yamaha FZ150i Enthusiasts Forum telah menganjurkan jamboree yang julung kalinya untuk pengguna Yamaha FZ150i. Aku berkesempatan join jamboree yang berlangsung selama 2 hari ni.. Nak2 ni 1st time aku ride secara besar-besaran. Sebanyak lebih kurang 52 buah FZ150i (geng Central dan geng Northern) terlibat dengan konvoi dari Tol Gombak sehingga ke Tol Lanchang. Jalan time tu agak sesak, mungkin sebab orang dah mula balik kampung sebab cuti krismas.

Tetapi dengan bantuan Marshal konvoi bergerak lancar. Di Tol Lanchang konvoi bertemu dengan konvoi beberapa FZ150i (geng dari Southern dan Eastern). Selepas sesi fotografi dan penyerahan T-Shirt FZ150i Adventure tajaan HLY Yamaha, konvoi bergerak ke Lanchang untuk makan t.hari dan solat jumaat. Kemudian konvoi ke Pusat Perhilitan Gajah K. Gandah. Seterusnya konvoi bergerak ke Kuantan untuk ke penginapan di Amansari Resort. Malamnya sesi BBQ dan karaoke di D'lounge BBQ Restaurant. Keesokan harinya, peserta jamboree diberi taklimat tentang Safety Riding dari pihak Yamaha dan sesi motivasi dari saudara Adrey (forumer Yamaha FZ150i Enthusiasts). Pastu ada sesi cabutan bertuah, dan lucky me aku dapat cap dari yamaha (genuine part) hehehe..

Untuk part 1 ni, aku letakkan sikit je gambar pasal ni je yang aku ada sementara nak tunggu CD dari Myenthusiasts.Org Production. Untuk tahun depan jamboree mungkin akan di adakan di utara. So pada kengkawan yang rasa teracun dengan FZ150i ni, beli la cepat! Tahun depan belah ride sesama..

klik for large view

Time menunggu geng-geng yang lain di Tol Gombak
Motor2 otai
Marshall2 yang bertugasBerkumpul di tol LanchangSesi bergambar di tol Lanchang
Jamboree FZ150i 2009
Akan bersambung selepas menerima CD dari pihak produksi. TQ