Monday, January 31, 2011

Apabila Doraemon Menjadi Watak Lain!!


Hahaha.. aku tak minat pun sebenarnya dengan kucing tak de telinga ni.. tapi masa aku tengah browsing pasal Doraemon ni aku jumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsi dengan korang.. Ada banyak lagi sebenarnya tapi malas plak nak match-kan dengan watak asal. Korang tanya pakcik Google kompem dia tau.. :)


Ada banyak lagi watak macam Marvel Hero, Transformers, Gundam.. search je Google.. kompem ada.. Apa pun yang ni adalah Doraemon paling ganas aku pernah nampak.. Har Har Har!!


Sunday, January 30, 2011

Header Design Untuk Coretan Si Hampeh!

Hasil amatur aku untuk Cik Zaza Petrelli (haha.. nama nak gempak). Saje hobi aku main-main dengan Photoshop.. Kalau korang nak header FREE meh contact aku.. tapi aku buat style simple-simple je.. saje nak asah skill.. aku boleh buatkan tapi tak boleh demand lebih-lebih la.. nama pun FREE kan.. haha.. 

Klik For Larger View
p/s: priority kepada follower aku.. kui kui kui

Sebarang Perbincangan Boleh Melalui Email Aku; mofaizmz@yahoo.com (FB pun boleh)

Wednesday, January 26, 2011

RockMelt - Browser Pelbagai Fungsi


Aku boleh agak ramai yang tak perasan kewujudan browser yang dilancarkan pada November 2010. RockMelt ialah social media web browser yang dibangunkan oleh Tim Howes dan Eric Vishria berdasarkan ciri-ciri Chromium yang digunakan dalam Google Chrome. So, kalau korang pernah guna Chrome korang tak kan kekok guna browser jenis ni. Macamana pun untuk menggunakan browser ni korang kena register melalui Facebook dan invitation untuk download browser akan korang dapat melalui email.


Kalau korang dan Facebook atau Twitter tidak boleh dipisahkan maka RockMelt adalah jawapan untuk korang. Sebab browser ni dibina dengan fokus pada pengguna laman sosial. So, bila korang launch-kan browser ni, browser ni akan secara automatik connect ke Facebook korang.


Kalau korang nampak konsep paparan dia sebijik je macam Chrome kecuali kat belah kiri tu akan ada FB Chat Bar dan kat belah kanan ada Feed Bar. Korang jugak boleh update status Facebook korang direct je melalui bar kat sebelah kiri tu. Status kawan-kawan korang pun dengan rileks je korang boleh tengok pada bar tersebut tanpa perlu login ke Facebook.


Dengan fungsi ni, korang boleh chat dengan kawan ataupun skandal Facebook korang sambil browsing website lain tanpa susah payah. Korang jugak boleh tulis di wall FB diaorang melalui fungsi tersebut.


Kat bar sebelah kanan plak, korang boleh check notification yang masuk dalam Facebook korang. Sekali lagi, korang boleh respon dengan notification tersebut tanpa perlu susah payah login ke Facebook. Kat bar kanan juga korang boleh check post terbaru kawan-kawan korang dan respon kat situ jugak. Kecuali yang melibatkan video atau link ke website lain memang dia akan bukak tab lain la.


Selain Facebook, korang boleh amik link Feed untuk website lain atau mana-mana social media yang lain seperti Twitter untuk dapatkan notification macam Facebook ni.


Berat? Tak de ah.. xberat pun, malah lebih ringan dari Mozilla Firefox, lebih kurang dengan Google Chrome je performance dia. Cool!!

p/s: Lebih info di RockMelt Blog

Monday, January 24, 2011

Jom Layan Spartacus: God of the Arena

Pernah dengar ungkapan "I am Spartacus!!" dalam mana-mana movie? haha.. xpe, xde kena mengena ngan mende yang aku nak review ni. Kalau korang minat cite-cite gladiator yang ada unsur-unsur violant ni dan layan tv series Spartacus: Blood and Sand (SBS) korang tau kan, yang series tu dah habis untuk 1st season diaorang. Dan 2nd season ada delay sikit sebab ada masalah-masalah dalaman.

So, Starz Production ada keluarkan mini series 6 episod sebagai prequel kepada SBS dengan tajuk Spartacus: God of the Arena (SGA).


Series ni adalah cite sebelum Spartacus jadi Champion kat rumah gladiator House of Batiatus. Baru 1st episod dan agak boleh layan. SGA ni banyak tumpu pada Champion asal Batiatus; Gannicus dan ada la watak-watak dari SBS. Rate aku untuk series ni 6/10.


Tapi aku tak rekemen pada budak-budak belum matang sebab kalau ikut rate kita SGA ni masuk dalam kategori 18PL (A program with excessive sex-scenes and excessive violence).

Wednesday, January 19, 2011

Tawaran Biasiswa Kecil Untuk Lepasan UPSR & PMR

Untuk makluman korang, Yayasan TM ada mengeluarkan biasiswa kecil untuk pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam UPSR dan PMR 2010. Kalau korang ada adik ke anak ke anak sedara ke jiran ke yang korang rasa memerlukan biasiswa suruh la diaorang apply. Mana nak tau rezeki ke apa ke kan?


Syaratnya calon mestilah memperolehi 5A bagi UPSR 2010 atau sekurang-kurangnya 6A bagi PMR 2010. Calon yang berjaya akan diberikan elaun poket seperti yang ditetapkan oleh pihak yayasan. Tarikh tutup permohonan 18 Februari 2011.

Untuk mendaftar/maklumat lanjut boleh klik pada link berikut;
Biasiswa Kecil Yayasan TM

Tuesday, January 18, 2011

10 Tips Tingkatkan Keupayaan Wireless!


Aku rasa ramai antara korang yang pernah merungut internet connection korang slow walaupun korang sedar yang korang menggunakan wireless yang rata-ratanya cuma 54Mbps. So, ni ada sedikit tips untuk korang boost-kan signal wireless (WLAN) dengan cara meluaskan liputan dan meningkatkan speed dan performance.

1. Letakkan router atau access point korang pada lokasi yang sesuai. Kalau boleh ratio jarak antara tempat router korang tu tak jauh dengan lokasi korang selalu access Wi-Fi. Nak senang letak je kat tengah-tengah rumah.

2. Jangan letak router korang di atas lantai dan jauhkan dari dinding dan objek besi sebab semua ni boleh lemahkan signal Wi-Fi korang.

3. Gantikan antena router korang tu dengan high-gain antena. Selalunya antena router yang korang beli tu adalah dari jenis omnidirectional maksudnya signal akan dipancarkan ke semua arah dari oleh router. Antena jenis ni merugikan kalau router korang diletakkan ditempat yang sempit sebab signal diserap oleh dinding. Dengan High-gain antena, signal Wi-Fi korang boleh dipancarkan ke satu arah yang dikehendaki sahaja.

4. Laptop jenis lama selalunya tiada built-in wireless. So sesapa yang pakai network adapter dari jenis pc card tu disarankan tukar kepada USB wireless adapter dengan antena tambahan.

5. Tambah wireless repeater untuk luaskan kawasan liputan Wi-Fi korang tu. Contoh kalau korang letak router korang di ruang tamu dan korang nak access Wi-Fi dari bilik, kat tengah-tengah antara jarak tu korang letakkan je wireless repeater untuk kuatkan balik signal Wi-Fi tu.

6. Yang ni teknikal sikit, korang boleh ubah wireless channel router korang. Kaedahnya berbeza-beza ikut jenis router korang. Selalunya ada disertakan caranya dalam manual pengguna. Kena godek-godek sendiri untuk dapat channel yang terbaik bagi liputan Wi-Fi korang.

7. Kurangkan gangguan signal Wi-Fi korang. Kebanyakan router menggunakan wireless-G (802.11g) dengan frekuensi 2.4GHz. Banyak peralatan elektronik turut menggunakan frekuensi 2.4Ghz seperti microwave mak korang,telefon tanpa wayar korang yang dapat free dari streamyx tu dan remote gate korang yang canggih tu. So, korang ada choice sama ada kurang mende-mende tu atau tukar kepada wireless-N yang menggunakan frekuensi yang berbeza.

8. Update firmware dan network adapter korang. Biasanya pengeluar router akan selalu keluarkan update mengikut keperluan semasa. Windows pun ada keluarkan update untuk adapter-adapter tertentu.

9. Gunakan equipment dari pengeluar yang sama. Kalau korang guna modem Linksys, router ke access point pun korang kena dari Linksys jugak la. Sebab sesetengah hardware ada speedbooster bila ada connection dari hardware pengeluar yang sama.

10. Gunakan teknologi terkini, maknanya beli router baru yang menggunakan wireless-N (802.11n).

p/s: aku selalu jumpa orang ngadu menda ni; kalau korang bukak browser.. dan browser korang lembab nak load tu bukan salah network okey! tu masalah PC korang yang lembab! CHILL!!

Saturday, January 15, 2011

Perkhidmatan Online TM

Click For Larger View
p/s: bila la aku boleh pasang Unifi nih..

Tuesday, January 11, 2011

11111; Sekadar Binari Atau..

11111.. haha,dah macam nombor binary plak.. kombinasi nombor yang hanya boleh diulang pada 1000 tahun lagi; 3011..


So, antara yang dijadualkan berlaku pada hari ni;
1. Sebutan semula kes Benjy berhubung tuduhan memiliki syabu.
2. Perhimpunan mahasiswa IPT di Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor.
3. Drama realiti Gadis Semasa Sunsilk ditayangkan di TV3.
4. Gangguan bekalan air di daerah Kuantan dari 9AM hingga 5PM.
5. Iraq menentang Iran dalam Piala Asia 2011.
6. Bermulanya The Royal Langkawi International Regatta.
7. Aku breakfast untuk kesekian kalinya di Restoren Cendana, Kelana Jaya.
8. Entry ke 50 aku untuk blog ni.. hahaha..

Hari ini dalam sejarah;
1993 - Perasmian Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE).
1972 - Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan.
1942 - Serangan Jepun di Muar.
1972 - Negara merdeka Bangladesh ditubuhkan.

p/s: satu lagi entry pendek dari aku..

Sunday, January 9, 2011

Poster Aku Sudah Kena!

Yoshh!! Poster yang aku edit berdasarkan trilogi Godfather dah kena hadiah saguhati dalam contest anjuran Hakim Zailan. Kalau tengok contestant lain, poster-poster diaorang pun gerek-gerek dengan ada yang datang dengan idea yang original. Skill boleh belajar, tapi idea susah nak dapat beb!

Ni ha poster yang aku pertaruhkan haritu.. simple je..


Untuk tulisan "The Blogger" tu.. korang boleh download kat dafont.com. Nama font ni Corleone. Imej tangan tu pun ada sekali dalam set tu..

Untuk kepala tu kena godek-godek sikit, bergantung kepada kualiti dan pencahayaan stock photo korang. Potong pakai lasso dan lepas tu desaturate-kan (Shift+Ctrl+U) photo tu. Lepas tu main-main sikit dengan level dan brightness & contrast. Untuk smooth-kan bahagian muka tu aku pakai smudge tool. Bahagian mata, mulut dan rambut touch up la sikit pakai brush; guna warna hitam untuk buat bayang gelap.

Simple je.. stail amatur!!

Wednesday, January 5, 2011

Terima Kasih Cik Qaseh!

Woot.. woot! Hahaha, tak sangka plak aku boleh menang contest ni; bulan lepas aku ada join contest anjuran Cik Qaseh.. dan hasil amatur aku tu dah dipilih sebagai salah satu pemenang..(err, betul ke ayat ni.. sila abaikan kesalahan tatabahasa aku..)


Aku memang tak sangka nih, contestant suma datang dengan hasil yang aku tak pernah terpikir dan ramai plak tu join contest ni.. tak silap dalam 500++.. lu memang femes Qaseh..

Ok, aku edit pic tu simple je.. 3 mende je korang kena ada; idea, kesabaran dan platform(kat sini aku guna Adobe PS CS3).. Tool dalam PS tu pun aku guna yang simple-simple je..

Untuk model-model tak berbayar tu, warna aku terangkan sikit guna Image-Adjustment-Curves..
Then, aku potong pic tu guna Polygonal Lasso.. Sama jugak dengan pic lain.. layer memang berlapis-lapis la.. sebab nak dapatkan hasil ala-ala 3D, pic keluar dari frame gambar..

Untuk awan, kaler tu aku rich-kan guna HDR effect.. potong jugak, aku pakai 2 layer untuk awan tu.. Untuk pelangi tu aku guna teknik masking dan lasso semata-mata.. So, basically semuanya aku guna teknik potong dan tampal.. try la, yang penting.. idea kena ada! Chill!!!

Tuesday, January 4, 2011

Entry Pendek: Sketsa Petrol!

Ron97: Gua bosan la duk sini je.. gua nak naik setakuk lagi boleh? Gua nak naik seposen je.. boleh ar? Market gua kat seluruh dunia tengah naik ni..

Ron95: Wo wo wo.. mana boleh lu tinggal gua sorang-sorang, gua nak follow naik gak la..

Ron97: Rilek lu.. hari lu akan sampai gak nanti..

Kredit: Malaysia Kini
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini (4 Jan 2011), mengikut sumber.