Wednesday, December 8, 2010

Dosa Ke Makan Dalam Bulan Puasa?


Jawapan dia tak dosa, amende? Jangan mengelabah der, mari kita berpikir secara ilmiah. Guna akal bila bereaksi (bukan ereksi) dengan soklan-soklan macam ni.. jangan orang cuit sikit dah bersilat. Kebelakangan banyak isu aku baca di suratkhabar tempatan. Isu apa? korang baca dak paper ni, xbaca? pi tanya incik google.. dan kebanyakan orang bila bincang isu-isu hangat ni suma berdiskusi secara tegang (masih lagi bukan ereksi). Rilek-rilek sudah..

Berbalik pada soklan slapstik aku;(soklan ini tiada kena mengena dengan isu-isu tersebut)

Dosa ke makan dalam bulan puasa?

Tidak! Sekiranya korang makan di malam hari sesudah masuk waktu berbuka.

Orang tanya lagi,
Adakah berdosa makan dalam bulan puasa pada malam hari?

Ya!! Berdosa jika makanan itu datang dari sumber yang haram!

So, nampak tak apa yang aku nak sampaikan ni? Nampak ke tak? Kalau tak nampak sila berpikir secara ilmiah. Wasallam!

p/s: Tertarik dengan ceramah Ustaz Azhar Idrus.

Saturday, December 4, 2010

Edit Foto Contest!

Tengah golek-golek, aku jumpa satu contest yang menarik minat aku.. saja-saja je join, boleh kenal dengan ramai blogger lain. Kurang merepek straight to the point, contest ni memerlukan korang mengedit gambar. Guna la segala jenis toyol yang korang tau..

Banner Contest!!
 Rule dia mudah, edit je gambar dan gambar tersebut mestilah original. Keterangan lanjut boleh baca di blog penganjur dengan klik pada banner di atas. Tarikh tutup 31 Disember 2010.

Ni gambar yang aku letak, gambar entry aritu tapi aku nak letak gak.. tak kira!!!

Gambar Asal 

Gambar Yang Di Edit


Kena tag 4 orang plak, so aku tag kengkawan kat bawah ni;
Cik Linda
Cik Ain
Hedayat7
Cik Eyqa

Poster Edit Contest!

Lagi satu hasil kerja amatur aku. Suka betul aku buat mende macam ni kebelakangan ni, xtau kenapa. Tapi aku puas hati lor.. Hasil ni walaupun tak sama dengan apa yang aku bayangkan dalam kepala, tapi aku masih suka lor..

Dan aku nak guna photomanipulation ni untuk join contest anjuran Hakim Zailan. Info pasal contest ni korang boleh dapatkan di blog penganjur dengan klik pada banner di bawah!


Tarikh tutup contest 26 Disember 2010* Tertakluk pada perubahan semasa.

Dan ini poster yang aku bawak masuk dalam contest ni!

The Blogger: Inspired By The Godfather Trilogy
Kena tag 3 orang plak, so aku tag minion aku!hahaha;

Sapa tak penah tengok The Godfather Trilogy? Walaupun ni movie lama sebelum aku lahir, aku still boleh terima konsep dan jalan cerita trilogy ni dan aku paling minat dengan Part I dan Part II. Masuk Part III aku dah rasa bosan sikit tapi masih seronok untuk dilayan.

3 quote aku paling suka dalam movie ni;
"Never hate your enemies, it affects your judgment" - Micheal Corleone
"A man who doesn't spend time with his family cannot be a real man" - Don Vito Corleone
"I'll make you an offer you can't refuse" - Don Vito Corleone

Friday, December 3, 2010

Sembang: Giliran Incik RON95!!


Aku cari info di akhbar-akhbar mainstream online tak jumpa, yang ada info-info dari blog, dan sumber berita seperti Malaysia Kini dan Malaysia Insider. Isu ni pun dah kecoh dalam Facebook beberapa jam sebelum ni. Kesahihan tak dapat dikenal pasti tapi kebenaran boleh kita tengok esok pagi.

Ikut sumber berita, harga RON95 dijangka naik 5sen mengenapkan jumlah RM1.90, yeaaaa!! Kenaikan ini disebabkan oleh kerajaan nak menyelaraskan subsidi dan supaya jurang harga RON97 dan RON95 tak jauh. Selain RON95, harga diesel dan harga gula juga dijangka naik. Diesel naik 5sen dan gula naik 20 sen. Dan kalau betul berita ini kompem, maka bergembiralah kawan-kawan semua pasal harga milo ais, teh ais, mau pun sirap dan tak keterlaluan harga roti canai pun boleh kena tempias. Best siot!!!

p/s: Pengumuman rasmi dijangka pada 8PM!

Wednesday, December 1, 2010

Baseball Photo Manipulation 'Member Opis!'

Hoh! Projek ada tapi kena hold pasal user still tak respond dengan email aku. So, masa terluang aku di habiskan dengan buat mende alah ni. Stok photo aku amik dari album Sesi Lepas Geram tempoh hari. Frame, Flying Bird dengan Rainbow search je kat Google. Potongan lasso tak cukup kemas pasal sendi pergelangan tangan keras, idea ada tapi nak terjemahkan idea bapak susah. Walaupun tak cantik, tapi aku puas hati lor..