Friday, December 17, 2010

Nostalgia Komik Hong Kong!


Korang penah baca komik-komik ni? Kalau pernah, tahniah! Usia kita memang tak lari jauh la.. Aku ingat lagi masa tu komik-komik Hong Kong memang femes, manga dari Jepun masa tu orang pun tak biasa dengar lagi.. orang dengar Doraemon tu pun dari siri animasi je..

Kat kawasan aku, komik paling femes time tu Pendekar Laut.. kalau main semua berebut nak jadi Pendekar Laut, paling menarik tentang komik ni adalah konsep belang tarung. Hahaha.. sampai kalau ada urat timbul atau parut kat dahi tu budak-budak panggil belang tarung. Komik Pendekar Laut dan francais dia je iaitu Wira Tunggal yang ada belang tarung. Komik len mana ada kan? hahaha..Masa tu, antara watak paling kuat dalam komik Pendekar Laut ialah Pendekar Laut(Pai Cheung Lang, Jerung Raksasa, Orga The Killer Whale(ni pun aku minat gak ni..) dan Penjejak Neraka. Jalan cerita komik ni panjang gila siot, sampai beberapa generasi dan ada sambungan di komik Wira Tunggal plak..


Cara mati pun unik, kalau komik lain wataknya mati berdarah kena tetak.. dalam komik ni wataknya (hanya yang mempunyai kuasa je..watak biasa mati macam biasa) mati samaada badan diaorang berkecai macam kaca atau berkecai jadi kiub.. hehe,unik siot!


Sini aku listkan komik-komik HK lain yang femes time tu (untuk orang yang lahir antara 80an-90an);
1. Pendekar laut
2. Wira Tunggal
3. Raja Rimba
4. Pedang Setiawan
5. Jengking Merah
6. Golok Keramat
7. Senjata Misteri
8. Alam Perwira
9. Juara-juara Kembar
10. Guruh Badai

15 comments:

Anonymous said...

fuuu

aku layan pendekar laut, wira tunggal.,juarajuara kemnar, guruh badai dan plg aku suka jengking merah

za said...

ak pule.. x layan langsung

Faiz Zaini said...

@matahari
epik.. hahaha

@za
xrock ar xlayan

Un Phat Lee said...

gua suka baca itu pedang setiawan.

Unknown said...

pendekar laut plg best..

MIRUL said...

pendekar laut terbaik :)

Anonymous said...

gua peminat kental senjata misteri, tapi bila da beso ni...pokai nak beli pun tak mampu....the king antara komik terbaik dan harus baca .......hehe cool bro...

Faiz Zaini said...

skrg brapa harga komik2 ni? last aku beli 13tahun lepas, harga rm3-rm3.50.. peh rm3.50 seminggu.. hahaha.. tiap2 minggu beli mmg pokai.. haha

sirap said...

DEWATA RAYA!!!!! best bro.. siyes best zaman ni...

Anonymous said...

hehe xtau nak cakap la harga sekarang nie....makin2 meningkat makin kurang berminat sebab nipis sangat walaupun menarik. jadi sekarang lebih baik membaca manga...terhebat...reborn dan bakuman..

Afiefah Safieni said...

pak menakan suka baca pedang stiawan tu..
tapi i memang x minat langsung..
huuhuh

sanmanga said...

Baca komik hong kong di sanmanga.com

Penjojak Nerako said...

Komik Pendekar Laut memang best dan menggiankan. Dulu aku tak berapa layan sangat majalah2 alih bahasa dari Hong Kong ni tapi ada la baca majalah2 macam Alam Perwira, Raja Rimba, Dewata Raya kepunyaan member2 aku but title2 berkenaan kurang menyengat citarasa aku. So ditakdirkan masa aku belajo kat ITM Manjung, aku layan la Pendekar Laut, masa tu keluaran ke 21 masa Pendeko Laut bergado ngan Dewa Huduh yang sememangnya huduh bila dah mengamuk gara2 Hitomi punya pasal. Baca punya baca, last2 aku lekat terus, follow terus story line dia. Dijadikan citer lagi, member aku yang selalu supply majalah2 Hong Kong ni pun tak lulus periksa maka diberhentikan (mungkin terlalu banyak baca komik dari buku pelajaran), so aku takde la supply majalah Pendeko Laut. So aku setat beli majalah tu bila Orga, Raja Singa ngan Jerung Resakse setat gadoh ngan Penjejak Neraka (memang tak adil) semata2 nak tau sama ada Penjejak Neraka menang atau kalah. Tak silap aku, dalam keluaran ke 70 atau 71 kot Penjejak Neraka mati. Maka, dari situ aku setat kumpul komik tu bermula dari tahun 97 sampai la tahun 99 bila Gen II abih lepas Zonan bunuh Xinan dengan Kuasa Tahap Kesempurnaan yang gile babie sampai Juara Tempur boleh kuar sekali banyak....

So, memandangkan aku setat kumpul koleksi ni masa pertengahan citer, aku sanggup pi kat Chien Ling nak carik balik komik2 asal untuk buat pelengkap, malangnya tak sume ada kat sana. Aku dapat la recollect komik2 Pendekar Laut Gen II dari awal tapi Gen I tak dapat. Bagus jugak aku pi sana pasal amoi2 kat sana, Lily, Nor dan Ina kagum dengan kesungguhan aku carik balik komik2 lama so depa bagi la patung2 watak Pendekar Laut seperti Pai Chueng Lang, Penjejak Neraka, Jerung Resakse, Mrs Virus dan lain2. Tu yang aku ada cadangkan kat editor (Chee Hock tak silap kot nama dia) soh buat bumper isu kumpulkan komik2 keluaran terdahulu dalam 1 jilid. Alhamdulillah cadangan aku dipertimbangkan yang mana Chien Ling pun kuarkan KOLEKSI PENDEKAR LAUT (dulu masa keluaran awal, koleksi pertama dipanggil KESAH PENDEKAR LAUT, akakakaksss!!!). Bumper isu ni masa awal keluaran buku dia beso, tapi memandangkan over the years, harga kertas dah naik, depa pun kecikkan bumper. Mujur la masa buku jilid dah setat kecik, komik2 lama original sume aku dah ada. So hingga kini, segala koleksi Pendekar Laut Gen 1 dan 2 tersimpan baik hingga kini yang merupakan my pride & joy.

Hingga kini aku masa baca majalah tu, aku baca waktu berak je (tak perlu risau kerna tak akan ada nama Allah dalam tu) since 2007. Skang tahun 2011, baru la cecah keluaran ke 87 JIKA AKU JADIK RAJA (cover dia cantik, aku beli kat Georgetown sambil dengo lagu KCi & Jojo 'All My Life').

Anonymous said...

klu zaman nih selain dragon ball,pendekar laut plg best... hingga kan komik pendekar laut dpt award dlm anugerah komik² hong kong sebagai crte terbaik... nape terbaik.. sbab jalan crte dia... tersusun dan teratur... ade kaitan dlm episod dri generasi ke generasi, dri hitomi beri wasiat terakhir pada pendekar laut supaya tidak membunuh orga kerana "hati paus" nnti akan diberi pada zonan, semua nya berkait....

hafeez said...

jangan lupa komik Juara Wira pon best bro :)