Thursday, October 28, 2010

Sembang: Penunggang Motosikal,Mangsa??

Perkara ni dah lama aku perati. Aku merupakan salah sorang biker yang agak tegar. Pegi keje, pegi shopping, pegi jejalan, pegi mengular semuanya dengan menunggang mesin hitam aku tu. Setiap hari boleh dikatakan aku bersambung nyawa ke tempat keja apabila menggunakan mesin hitam tu. Bersambung nyawa? apasal bunyi teruk sangat? percaya atau tidak hampir 60% kenderaan berdaftar di Malaysia adalah motosikal dan hampir 40% kemalangan jalan raya melibatkan motosikal. Kesimpulannya motosikal adalah merupakan kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan dan kehilangan nyawa.

Mesti ada banyak suara-suara yang cakap "alah, mat rempit semua tu.." atau "tu la bawak moto xpakai otak.." atau "cilok lagi sana-sini.. kan dah kena". Pendek kata kalu yang buruk-buruk tu suma salah penunggang motosikal. Tak keterlaluan aku cakap kalau setiap kali ada kemalangan yang melibatkan kereta dengan motor mesti ada mulut-mulut yang meletakkan kesalahan ke atas penunggang motosikal. Malah pernah ada usul dari pihak tertentu supaya kerajaan mengharamkan motosikal. Mengom ke apa? apa? Cuma mat rempit ke yang pakai motor? Pak Haji, Pak Lebai yang pegi masjid nek motorsikal tu pun mat rempit gak ke? Golongan eksekutif muda yang pegi keje nek moto tu pun mat rempit ke? Jurutera dan pakar IT yang turun site nek moto tu pun mat rempit ke?

Antara punca kemalangan melibatkan motosikal dan kereta yang simple tapi selalu orang buat ialah menukar laluan tanpa memberi isyarat(tambah mengom kalau sebelah tangan je pegang stereng dan sebelah lagi pegang handset). Tak ke sakit kalau kena direct impact? sakit dowh.. Korang reti tak peraturan memotong atau menukar laluan? Aku qoute sikit la..

1. Periksa kenderaan di belakang termasuk blindspot(tang blindspot ni ramai failed)
2. Memberi isyarat sekurang-kurangnya 3 saat(ni lagi ramai yang failed, selalu bagi isyarat masa tengah memotong/menukar laluan..mengom!!)
3. Pastikan ada ruang secukupnya(mende ni pun orang xboleh nak ikut gak, asal ada space sikit pun nak mencelah gak.. memaksa kenderaan lain memberi laluan, bapak samseng!)

3 mende simple ni pun xde orang bleh ikut..

p/s: Majoriti rider adalah driver tapi bukan semua driver adalah rider!!

4 comments:

Nana said...

sila tunggang degn scermat igt lah org tersayang

manzion said...

gua rider~~~
incoming driver~~~
tp gua tetap akan rider sampai tua~~~
hahaha~~~

Faiz Zaini said...

hari ni time pegi keje aku kna lg.. sbuah merc silver tukar lane ke kanan tiba2.. nsib bek aku smpat brek dan berada pd jarak selamat..

Cik Goyos /Goyos-chan said...

akibat kemalangan yang byk melibat rider akhirnya aku terus menjadi driver~