Thursday, February 10, 2011
Meh Belajar Cara Mudah Buat Text Ala 3D!
Ada kawan tanya aku camne aku buat typo ala-ala 3D atau skemanya 3D Text Effect dalam entry lepas, so dalam entry hari ni aku nak share dengan korang cara simple nak buat efek ni guna photoshop..
Bahan-bahan yang diperlukan (haha...);
1. Adobe Photoshop (aku guna CS3)
2. Sedikit kreativiti..
3. Idea.. ni paling penting beb!!
Kaedahnya;
1. Gaul bahan-bahan tadi dengan sebati sehingga empuk ya tuan-tuan.. ehehe, okey.. korang type je apa-apa perkataan atas canvas tu.. tak kisah guna font jenis apa, tapi aku prefer yang agak tebal supaya efeknya nanti lebih jelas.
2. Setkan gradient pada text tadi.. nak guna overlay pun bleh.. proses ni cuma untuk membezakan dimensi.. korang bleh skip part ni kalau nak..
3. Setkan stroke, tak payah tebal-tebal.. proses ni pun untuk membezakan dimensi, boleh skip kalau nak..
4. Then, korang select text tadi.. pastikan korang select text tu.. kalau tak proses seterusnya tak kan berjaya..
5. Korang tekan key ALT+Up Arrow+Right Arrow pada keyboard serentak, tekan la berapa kali korang suka.. kat sini aku tekan 8x.. sebenarnya proses ni membuatkan text tadi copy dan paste ke arah yang korang tekan tadi.. Ok!! Dah setel.. simple je kan.. Kalau korang skip step 2 dan 3, total suma 3 step je.. hahaha..
6. Tambahan, untuk pastikan layer korang tak serabut.. korang boleh merge-kan layer text tadi atau group-kan layer tersebut.
7. Korang boleh bereksperimen dengan ubah arah Arrow tu.. ni contoh kalau aku guna ALT+Up Arrow sahaja..
Cool-kan? Pas ni boleh la korang buat header ikut kreativiti sendiri :)
p/s: header untuk kawan-kawan yang request kat aku tempoh hari dah siap, dan ada lagi yang baru request tapi aku hold dulu.. bila aku publish je header yang dah siap tu aku akan re-open request untuk header.. tapi kali ni aku amik 3 je.. pastu aku akan hold balik sampai siap yang 3 tu.. okey kawan-kawan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Heyyy it's interesting! Thanks for the info. Btw, follow my blog. I've followed you.
pergh terbaik! ;D
nice info photoshop....
jadi tutorial doh..
nice bro..hihiihh..
leh r ko buat buku pasni..ahhaa
besh2..aku try!
akan ku tggu..akn ku tggu..
akan ku tggu dgn penuh kesabaran..hehe..:P
all;
tutorial lor.. kongsi2.. mna bleh kedekut ilmu..
iwan;
buku mende.. hahaha..
ladyheart;
tunggu apa tu ye?
ko memang hebatlah no..
header yg ko buat tu, bukan ak tak nak gune. tp ia pink. ak jadi malu dgn diri sendiri. tp ak jugak yg mintak pink kan. sile ketuk ak. hahhaa
terbaik la...
owhhhh bru phm =.="
pakai 2 text eh nk wat
thx for sharing
hohoho
Raji;
mende 2 text? 2 layer ke? 1 text copy n paste byk kali ke arah yang sama.. kena pakai shortcut key yg aku tunjuk tu.. baru jadi.. klu duplicate layer susah plak nk susun..
p/s: disarankan copy layer tu lebih 5x..klu tak, x nampak la hasilnya..
waaa.menarik nih! thxx!
Post a Comment