Friday, February 11, 2011
Siapa Annoying Orange?
Korang pernah dengar tak 'Annoying Orange'? Sebenarnya web series ni dah lama, aku tau mende alah ni pun tak lama dulu pas aku tengok adik aku duk terkekek-kekek depan PC.. sekarang dah masuk season 2 dah.. dan diaorang ni femes hanya dengan menggunakan Youtube je.. siap ada merchandise lagi..
Main character web series ni adalah Orange yang aku boleh simpulkan kat sini sebagai sesuatu yang kejam dengan aktiviti utama menghina dan menyakitkan hati mangsa dia dengan kemahiran memutarkan fakta dan ayat. Hehe, aku rasa lawak plak bila dia buat cmtu.. adakah ini bermakna aku seorang yang kejam? Har Har Har!!
Part yang paling aku suka bila mangsa-mangsa dia panggil dia "Hey, you are crazy.." atau "Hey,stupid..".. dan Orange ni akan balas balik camni, "No,I'm not.I'm an orange!!".. haha..
Korang layan je la salah satu video dia yang aku rasa menarik;
Korang boleh layan video-video lain sama ada di website diaorang sendiri atau di Youtube!
p/s: ada orang tanya apasal aku dah lama tak buat CMD tutorial, sebenarnya aku rasa serba salah mengajar korang mende bukan-bukan..(especially bab prank orang.. hahaha)
Thursday, February 10, 2011
Meh Belajar Cara Mudah Buat Text Ala 3D!
Ada kawan tanya aku camne aku buat typo ala-ala 3D atau skemanya 3D Text Effect dalam entry lepas, so dalam entry hari ni aku nak share dengan korang cara simple nak buat efek ni guna photoshop..
Bahan-bahan yang diperlukan (haha...);
1. Adobe Photoshop (aku guna CS3)
2. Sedikit kreativiti..
3. Idea.. ni paling penting beb!!
Kaedahnya;
1. Gaul bahan-bahan tadi dengan sebati sehingga empuk ya tuan-tuan.. ehehe, okey.. korang type je apa-apa perkataan atas canvas tu.. tak kisah guna font jenis apa, tapi aku prefer yang agak tebal supaya efeknya nanti lebih jelas.
2. Setkan gradient pada text tadi.. nak guna overlay pun bleh.. proses ni cuma untuk membezakan dimensi.. korang bleh skip part ni kalau nak..
3. Setkan stroke, tak payah tebal-tebal.. proses ni pun untuk membezakan dimensi, boleh skip kalau nak..
4. Then, korang select text tadi.. pastikan korang select text tu.. kalau tak proses seterusnya tak kan berjaya..
5. Korang tekan key ALT+Up Arrow+Right Arrow pada keyboard serentak, tekan la berapa kali korang suka.. kat sini aku tekan 8x.. sebenarnya proses ni membuatkan text tadi copy dan paste ke arah yang korang tekan tadi.. Ok!! Dah setel.. simple je kan.. Kalau korang skip step 2 dan 3, total suma 3 step je.. hahaha..
6. Tambahan, untuk pastikan layer korang tak serabut.. korang boleh merge-kan layer text tadi atau group-kan layer tersebut.
7. Korang boleh bereksperimen dengan ubah arah Arrow tu.. ni contoh kalau aku guna ALT+Up Arrow sahaja..
Cool-kan? Pas ni boleh la korang buat header ikut kreativiti sendiri :)
p/s: header untuk kawan-kawan yang request kat aku tempoh hari dah siap, dan ada lagi yang baru request tapi aku hold dulu.. bila aku publish je header yang dah siap tu aku akan re-open request untuk header.. tapi kali ni aku amik 3 je.. pastu aku akan hold balik sampai siap yang 3 tu.. okey kawan-kawan?
Tuesday, February 8, 2011
5 Website Menarik Untuk Colour Palette
Korang tau penggunaan warna(skema seh.. aku sebut kaler je pas ni) dalam sesuatu design tu sangat kritikal.. Kombinasi colour(kaler la..) yang sesuai diperlukan untuk pastikan yang design korang tu tak nampak menyakitkan mata.. atau terlebih striking..
Sebab kadang-kadang penggunaan kaler ni boleh mempengaruhi mood seseorang.. kadang-kadang jugak, penggunaan kaler yang sesuai boleh menyebabkan design korang nampak gerek.. walaupun sebenarnya design korang tu biasa-biasa je.. haa, untuk kawan-kawan blogger.. ni penting untuk header dan template blog korang tu.. kesesuaian tu penting, nak cari kesesuaian tu yang susah.. So, kat sini aku kongsi dengan korang 5 website yang aku selalu masuk untuk mencari kombinasi kaler yang sesuai;
1. COLOURlovers; best siot website ni.. ada banyak colour palette cantik-cantik yang korang boleh guna, dan website ni sebenarnya adalah satu komuniti.
2. Color Hunter; yang ni pun menarik gak.. pasal korang boleh dapatkan colour palette dari mana-mana gambar yang korang nak.. kalau korang upload sesuatu gambar kat website dia akan generate-kan colour palette ikut gambar yang korang upload tu.
3. Kuler; website colour palette yang sangat-sangat cun.. diaorang gunakan flash sebagai interactive.. tak silap aku ni Adobe punya community website ni..
4. ColorCombos; website ni pun ok.. banyak gak la kombinasi colour palette dalam database diaorang.. dan yang best diaorang ada kasi hex code untuk kaler-kaler yang korang pilih. So, memudahkan kerja korang dalam Photoshop nanti..
5. Colorspire; yang ni pun aku suka gak.. sebab korang boleh match-kan terus colour palette dan boleh preview combination tu kat situ gak.
p/s: ada sesetengah website tak kasi hex code dan dan tak boleh download colour palette; so cara yang aku guna adalah print screen colour palette tu dan open kat photoshop.. hahaha,COOL!!
p/s: ada lagi 3 header nak kena buat.. korang tunggu eh.. aku sangat busy cuti raya cina haritu.. nak kentut pun tak sempat.
Tuesday, February 1, 2011
Header Doraemon Untuk Solehah!
Lepas aku publish entry header FREE kelmarin, laju je Solehah mintak header.. Pantas!!Menunjukkan beliau memang rajin terjah blog aku.. So, aku kasi bukan 1 tapi 3 sekali header Doraemon kat dia.. haha..
Aku bukan pro, aku cuma suka main-main dengan photoshop ni.. godek-godek function dalam tu selagi boleh.. sebab tu aku kasi FREE je.. selain menghargai sokongan orang-orang yang selalu masuk blog rojak aku ni.. har har har..
Solehah siap buat entry pasal mende alah ni.. haha.. tapi ada salah faham di situ.. aku bukan buat promosi ye kawan-kawan.. aku cuma beri penghargaan kepada orang-orang yang selalu bertandang ke blog ni je.. aku buat selagi mampu je la ye.. :)
p/s: sebenarnya aku dah siapkan entry ni semalam.. tapi sengaja nak publish hari ni.. haha.. 1st entry untuk Februari!!
p/s lagi: kepada kawan-kawan yang nak header, aku prefer melalui email atau FB.. senang nak borak :) priority pada follower yang selalu terjah blog ni.. har har har
Aku bukan pro, aku cuma suka main-main dengan photoshop ni.. godek-godek function dalam tu selagi boleh.. sebab tu aku kasi FREE je.. selain menghargai sokongan orang-orang yang selalu masuk blog rojak aku ni.. har har har..
Solehah siap buat entry pasal mende alah ni.. haha.. tapi ada salah faham di situ.. aku bukan buat promosi ye kawan-kawan.. aku cuma beri penghargaan kepada orang-orang yang selalu bertandang ke blog ni je.. aku buat selagi mampu je la ye.. :)
p/s: sebenarnya aku dah siapkan entry ni semalam.. tapi sengaja nak publish hari ni.. haha.. 1st entry untuk Februari!!
p/s lagi: kepada kawan-kawan yang nak header, aku prefer melalui email atau FB.. senang nak borak :) priority pada follower yang selalu terjah blog ni.. har har har
Monday, January 31, 2011
Apabila Doraemon Menjadi Watak Lain!!
Hahaha.. aku tak minat pun sebenarnya dengan kucing tak de telinga ni.. tapi masa aku tengah browsing pasal Doraemon ni aku jumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsi dengan korang.. Ada banyak lagi sebenarnya tapi malas plak nak match-kan dengan watak asal. Korang tanya pakcik Google kompem dia tau.. :)
Ada banyak lagi watak macam Marvel Hero, Transformers, Gundam.. search je Google.. kompem ada.. Apa pun yang ni adalah Doraemon paling ganas aku pernah nampak.. Har Har Har!!
Subscribe to:
Posts (Atom)












