Wednesday, January 26, 2011

RockMelt - Browser Pelbagai Fungsi


Aku boleh agak ramai yang tak perasan kewujudan browser yang dilancarkan pada November 2010. RockMelt ialah social media web browser yang dibangunkan oleh Tim Howes dan Eric Vishria berdasarkan ciri-ciri Chromium yang digunakan dalam Google Chrome. So, kalau korang pernah guna Chrome korang tak kan kekok guna browser jenis ni. Macamana pun untuk menggunakan browser ni korang kena register melalui Facebook dan invitation untuk download browser akan korang dapat melalui email.


Kalau korang dan Facebook atau Twitter tidak boleh dipisahkan maka RockMelt adalah jawapan untuk korang. Sebab browser ni dibina dengan fokus pada pengguna laman sosial. So, bila korang launch-kan browser ni, browser ni akan secara automatik connect ke Facebook korang.


Kalau korang nampak konsep paparan dia sebijik je macam Chrome kecuali kat belah kiri tu akan ada FB Chat Bar dan kat belah kanan ada Feed Bar. Korang jugak boleh update status Facebook korang direct je melalui bar kat sebelah kiri tu. Status kawan-kawan korang pun dengan rileks je korang boleh tengok pada bar tersebut tanpa perlu login ke Facebook.


Dengan fungsi ni, korang boleh chat dengan kawan ataupun skandal Facebook korang sambil browsing website lain tanpa susah payah. Korang jugak boleh tulis di wall FB diaorang melalui fungsi tersebut.


Kat bar sebelah kanan plak, korang boleh check notification yang masuk dalam Facebook korang. Sekali lagi, korang boleh respon dengan notification tersebut tanpa perlu susah payah login ke Facebook. Kat bar kanan juga korang boleh check post terbaru kawan-kawan korang dan respon kat situ jugak. Kecuali yang melibatkan video atau link ke website lain memang dia akan bukak tab lain la.


Selain Facebook, korang boleh amik link Feed untuk website lain atau mana-mana social media yang lain seperti Twitter untuk dapatkan notification macam Facebook ni.


Berat? Tak de ah.. xberat pun, malah lebih ringan dari Mozilla Firefox, lebih kurang dengan Google Chrome je performance dia. Cool!!

p/s: Lebih info di RockMelt Blog

14 comments:

Faiz Zaini said...

eh, baru aku prasan, dapat iklan percuma plak Syedgraphix tu kat pic last skali.. hahah

♥ solehah ♥ said...

ha.ko merajok ngn mozilla kan??
hehehe.. :))
trus promot rockmelt..
btw.rockmelt memg kool.
boleh la.
aku bru pkai 2 mggu 5 hari .ngee.

Rie said...

wahh..cambesh je tuu
mesti try ni
cool features!

tp security camne?
ok x?

Faiz Zaini said...

solehah; mana ada.. memang dh lama pakai la.. dah 2bulan..

rie; security mcm chrome gak.. sbnarnya browser ni pun mngunakan platform yg sama dgn chrome.. cuma dia tmbah beberapa features je.. btw, diaorg ni dpt backup dari netscape..

SyedGraphix Dot Com said...

hahaha, wahh..my belog ada kat situ :P

Cik Goyos /Goyos-chan said...

cool~ nak try

fatian athiea said...

lu ni advance sgt la..



gua yg photoshop pun xlepas2 lgi..aiyok

Faiz Zaini said...

misz molecule;
mende yg advance.. ni browser je la.. haha.. photoshop apa yg xlepas lg..

Master Arsyad said...

wahh..ilmu yang bermanfaat..tima kasih..

p/s :saya mngadakan pertandingan blogger malaysia...sila layari www.arsyadmaster.com/blog/contest

Pendrive16G said...

info yang bagus..hanx

fatian athiea said...

gua ni buta kreatif..


keh5..






kreatif mnde len bleh la..

Ain Zulaikha said...

wow nampak canggih kan...

Raji and Yeen said...

wahhh cmbest jer o.O
sesuai utk penggemar fb xD

Hakim Zailan said...

aku rasa nak pakai browser ni gak r bila da dapat lappy baru nnti..hahha