Saturday, May 18, 2013

Homestay Parit Raja


No. 2, Jalan Universiti 13, Taman Universiti, Parit Raja 86400, Batu Pahat, Johor.





Homestay Parit Raja, Homestay Harmoni adalah sebuah homestay baru di Parit Raja. Homestay ini merupakan sebuah homestay/ rumah tamu/ rumah persinggahan yang terletak di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat.

Homestay ini menawarkan penginapan ala rumah yang selesa pada harga yang amat berpatutan. Homestay ini terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Tutti Frutti, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Jururawat Masyarakat, Pekan Parit Raja, kedai makan seperti Mc Donalds dan Restoran Al-Azhar, pasar mini, masjid, surau, mesin ATM dan bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan BSN.

Kedudukan Homestay Harmoni adalah terletak di antara perjalanan Batu Pahat - Air Hitam. Homestay Harmoni juga terletak 2 KM (5 minit) dari UTHM. Perjalanan yang perlu diambil untuk sampai Homestay Harmoni sekiranya dari Bandar Batu Pahat adalah mengambil masa lebih kurang 30 minit (20 KM) dan 15 minit dari Pekan Air Hitam (15 KM). Bagi para pengguna Lebuhraya Utara - Selatan, mereka perlu memasuki ke persimpangan lebuhraya Air Hitam / Batu Pahat untuk sampai ke Homestay Harmonii.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
En Sham (012-736 3269)Pn Wati (012-740 9224)
En Fazil (012-769 5985)

Wednesday, March 23, 2011

Tonton Star Wars Guna Telnet!


Bersawang dah blog ni.. bulan ni busy betul dengan kerja dan kuliah + aku macam dah addict dengan variety show kebelakangan ni jadi blog ni dah macam terabai sikit.

Trick ni dah agak lama sebenarnya, dari zaman aku study lagi. Tapi aku percaya tak ramai yang pernah cuba benda ni, kan? So, hari ni aku nak kongsi macam mana korang boleh tengok Star Wars Episode IV dengan cuma menggunakan command prompt. Tapi jangan la korang bayangkan efek dia  tu macam korang tengok blu-ray.. trick ni membolehkan korang tengok SW ni dalam format ASCII.

1.Pastikan PC/Notebook korang dah connect dengan internet.
2.Klik pada START>Run atau korang tekan je Windows+R pada keyboard.
3.Taip address ni, telnet towel.blinkenlights.nl
4.Tekan Enter dan korang akan dapat hasil macam screen shot aku kat bawah ni. Kalau nak cancel korang tekan pangkah je pada bucu kanan.

Monday, March 7, 2011

Lagi Header Untuk Kengkawan

Busy pulak aku kebelakangan ni.. Ada orang pernah mengadu kat aku;"Letih la.. kerja banyak..!" Lepas tu,ada seorang brader kat sebelah aku dengan selamba jawab "Kalau tak de kerja.. tak de la post kau tu.. tak de la gaji.." haha.. padu betul rembatan brader 30-an tu..

Semua header di bawah ni, adalah untuk kengkawan yang request dalam bulan Februari lepas. Untuk yang request pada hujung bulan Februari dan awal bulan Mac tu.. di harap korang masih sabar menanti ye, ada je aku simpan rekod korang.. ada masa lapang je nanti aku buatkan. Kalau ada yang request tapi aku tak buat, jawapannya simple je.. aku tak de rekod request korang tu.. request melalui kotak komen dan shoutbox memang kadang-kadang aku terlepas pandang.. ataupun korang tak reply email aku.. macam mana aku nak buat.. so, silalah hubungi aku melalui email ataupun FB.


Header kawan-kawan yang lain:
Header Untuk Kengkawan
Header Doraemon Untuk Solehah
Header Design Untuk Coretan Si Hampeh

p/s: haha.. brader kat ofis ni tanya berapa upah aku amik untuk buat header ni, aku jawab FREE je.. tak percaya pulak brader tu.. salah ke aku nak buat FREE? tapi brader tu ada usulkan aku buat style assassin dalam filem 'Faster'.. amik upah seringgit je.. hehe.. cool beb, lantak la ada orang nak kutuk filem tu.. tapi aku suka genre filem macam tu..

Saturday, February 26, 2011

Bintang Tiga Naikkan Pangkat Aku!

25 Februari 2011, Kapitan Mirul telah menaikkan pangkat aku menjadi Timbalan Ketua Soljar. Hahaha.. tak sangka betul, serius memang aku join pun sebab dia acu rifle avtomat kalashnikov kat gegendang telinga aku. Dapat timbalan pun kira bagus sebab ada ramai kawan-kawan lain yang berebut jawatan ni dengan aku. Suka di ingatkan aku sama sekali tak mengamalkan politik wang mahupun politik keganasan dalam situasi ni..


Sila abaikan carutan aku kat atas tu.. aku tengah happy sebenarnya sebab berjaya menyiapkan assignment 2 minggu lepas yang dateline-nya esok dalam tempoh semalaman sahaja.. sila jangan amalkan budaya last minute macam aku ye..

Okey, sembang matang.. aku dapat jadi runner-up untuk Edit Photo Battle yang dianjurkan oleh Empayar Bintang Tiga. Diaorang ni memang power dan gerek dalam bab yang melibatkan Photoshop dan HTML (aku puji ni.. sila naikkan nilai prize aku boleh?hahaha..) Oh ya.. aku submit photo ni untuk contest tu..


p/s: hari tu aku ada terbaca satu soalan dalam Blog Pilihan Malaysia, apakah pengalaman manis sepanjang berbloging? haha.. jawapannya "menang contest yang dianjurkan oleh blogger lain dan hasil amatur aku tu dihargai oleh orang lain".

Thursday, February 24, 2011

Youth Is Priceless.. Bajet Retro!

Hehe, bajet retro habis.. 1st time aku buat editing vintage retro style pakai photoshop ni. Sebenarnya photo ni aku edit untuk join contest dalam entry sebelum ni tapi tak jadi pulak nak submit sebab terasa macam radikal dan janggal dari photo contestant lain.. okey, aku cuma gunakan kaedah simple je dalam ni; tindih beberapa layer gambar dan overlay. Adjust opacity gambar tu ikut kesesuaian dan citarasa korang. Banyak lagi aku nak kena godek lagi ni..