25 Februari 2011, Kapitan Mirul telah menaikkan pangkat aku menjadi Timbalan Ketua Soljar. Hahaha.. tak sangka betul, serius memang aku join pun sebab dia acu rifle avtomat kalashnikov kat gegendang telinga aku. Dapat timbalan pun kira bagus sebab ada ramai kawan-kawan lain yang berebut jawatan ni dengan aku. Suka di ingatkan aku sama sekali tak mengamalkan politik wang mahupun politik keganasan dalam situasi ni..
Sila abaikan carutan aku kat atas tu.. aku tengah happy sebenarnya sebab berjaya menyiapkan assignment 2 minggu lepas yang dateline-nya esok dalam tempoh semalaman sahaja.. sila jangan amalkan budaya last minute macam aku ye..
Okey, sembang matang.. aku dapat jadi runner-up untuk Edit Photo Battle yang dianjurkan oleh Empayar Bintang Tiga. Diaorang ni memang power dan gerek dalam bab yang melibatkan Photoshop dan HTML (aku puji ni.. sila naikkan nilai prize aku boleh?hahaha..) Oh ya.. aku submit photo ni untuk contest tu..
p/s: hari tu aku ada terbaca satu soalan dalam Blog Pilihan Malaysia, apakah pengalaman manis sepanjang berbloging? haha.. jawapannya "menang contest yang dianjurkan oleh blogger lain dan hasil amatur aku tu dihargai oleh orang lain".
Saturday, February 26, 2011
Thursday, February 24, 2011
Youth Is Priceless.. Bajet Retro!
Hehe, bajet retro habis.. 1st time aku buat editing vintage retro style pakai photoshop ni. Sebenarnya photo ni aku edit untuk join contest dalam entry sebelum ni tapi tak jadi pulak nak submit sebab terasa macam radikal dan janggal dari photo contestant lain.. okey, aku cuma gunakan kaedah simple je dalam ni; tindih beberapa layer gambar dan overlay. Adjust opacity gambar tu ikut kesesuaian dan citarasa korang. Banyak lagi aku nak kena godek lagi ni..
Wednesday, February 23, 2011
Aku, Dia Dan Vintage
Aku di tag oleh Cik Ain untuk join contest ni, yang dianjurkan oleh Kom & The Typewritter. Maklumat lanjut korang boleh klik banner contest di bawah.
Tuan contest pun tak sebut konsep vintage yang macam mana.. so aku bajet kira tak kisah la dari genre mana kan.. sebab vintage ni banyak cabang.. so kat sini aku submit photo yang aku guna dreamy vintage..
1st time aku edit jadi vintage.. aku ingat nak tambah kedut-kedut.. tapi macam tak sesuai la plak.. Kena tag 3 orang la.. so, aku tag otai-otai ni..
Tuan contest pun tak sebut konsep vintage yang macam mana.. so aku bajet kira tak kisah la dari genre mana kan.. sebab vintage ni banyak cabang.. so kat sini aku submit photo yang aku guna dreamy vintage..
Before |
After |
p/s: kepada yang berkenaan,header korang on the way tau.. aku nak siapkan keje sebenar aku dulu :)
Tuesday, February 22, 2011
Cara Mudah Untuk Print Screen!
Tiada special coding tiada muslihat.. apa yang korang perlukan cuma satu software yang dinamakan Wisdom-soft ScreenHunter.. setakat ni, aku rasa software ni lebih efisyen berbanding kalau korang tekan key 'Print Screen' dan paste kat Paint.. software ni sesuai untuk kengkawan yang suka buat tutorial.. memudahkan kerja..
Screenhunter 5.1 Free Edition |
Software ni ada 3 version; Free, Plus dan Pro.. dan setiap version mesti la features-nya lain-lain kan? Aku tau, fitrah manusia suka mende Free kan.. so, abaikan 2 versi berbayar tu.. dengan versi Free pun korang boleh dapat lebih dari traditional print screen boleh offer..
Dalam Free Version, korang boleh capture imej pada desktop korang sama ada secara full screen (kaedah tradisional print screen), active window (yang ni korang boleh capture window box yang korang nak je..) dan rectangular area (yang ni aku suka.. sebab korang boleh capture imej yang korang nak je.. tak perlu lagi paste ke Paint lepas tu Crop). Lebih menarik, korang boleh capture sekali dengan cursor.. (ni penting kalau korang nak point something kat imej tu.. lagi sekali tak perlu edit letak arrow pakai Paint).
Full Screen |
Active Window |
Rectangular Area |
Lebih info korang dapatkan di website diaorang.
Kat mana nak download?
Banyak sebenarnya; korang boleh dapatkan di CNet, software.info atau di website Wisdom Soft diaorang sendiri.. tapi pastikan korang download Free Version, bukan Pro atau Plus.. lain la kalau korang rajin cari crack kan?
Saturday, February 19, 2011
Facebook Simpan Nombor Telefon Korang?
Okey, perkara ni bukan mende baru.. dah lama dah sebenarnya, tapi aku perasan ramai yang tak tau bila terkeluar topik ni masa sembang dengan kawan aku..
Kalau korang pernah access Facebook guna mobile phone, secara automatik Facebook ada capture nombor korang dan save ke phonebook, dan default setting membolehkan semua orang dalam friend list korang boleh nampak nombor phone korang. Aku tau ada diantara korang yang add ramai orang di Facebook walaupun korang tak kenal (salah satu sebabnya adalah nak main games dalam tu.. betul tak?)
Kat mana nak tengok phonebook ni?
1.Korang click Friends dan seterusnya pada Edit Friends.
2.Pastu korang click pada Phonebook dan list kengkawan korang akan keluar lengkap dengan no.phone diaorang.. Kalau korang boleh nampak, maknanya kengkawan pun boleh nampak no.phone korang jugak..
Macam mana nak buang?
1.Amik phone korang dan buang dalam tong sampah.. ada bran?
2.Ok,aku serius ni..haha, korang tengok sebelah kanan screen korang akan nampak Phonebook Contacts, click pada visit this page.
3.Kat situ ada tulis macam mana korang nak disable function ni dalam phone dan remove no.phone korang dari Facebook. Tapi manual kat situ aku rasa hanya untuk iphone.. untuk mobile phone biasa, korang kena godek-godek sendiri la.. kalau tak korang kena remove setiap kali korang access Facebook guna mobile phone.
Wednesday, February 16, 2011
Header Untuk Kengkawan!
Hoo.. header ni dah lama aku siapkan tapi baru hari ni aku publish.. aku buat habis simple dah ni, dan semua yang aku buat ni hasil dari idea aku pada ketika tu.. kalau suruh aku buat balik ni, peratus nak dapat hasil yang sama tu agak-agak rendah.. sebab tu aku tekankan idea adalah antara bahan penting kalau korang nak hasilkan sesuatu.. ada orang cakap idea yang rare boleh datang bila-bila masa even masa tu korang tengah meneran.. hoo..
Ada orang tanya berapa aku letak untuk hasil aku ni, aku jawab FREE je.. pasal aku rasa tak cukup bagus lagi nak jual mende ni, aku anggap sebagai latihan je.. dan sebagai menghargai kawan-kawan blogger yang lain.. biar semua sama-sama ada header.. baru COOL!!
p/s: kalau ada kawan-kawan yang nak header free lagi boleh contact aku.. dan sebab mende ni free so, xleh nak demand sangat ar.. hehe.. arr.. aku prefer korang contact aku melalui email atau FB la eh..
Ada orang tanya berapa aku letak untuk hasil aku ni, aku jawab FREE je.. pasal aku rasa tak cukup bagus lagi nak jual mende ni, aku anggap sebagai latihan je.. dan sebagai menghargai kawan-kawan blogger yang lain.. biar semua sama-sama ada header.. baru COOL!!
p/s: kalau ada kawan-kawan yang nak header free lagi boleh contact aku.. dan sebab mende ni free so, xleh nak demand sangat ar.. hehe.. arr.. aku prefer korang contact aku melalui email atau FB la eh..
Label
Art,
Header Design,
Photoshop
Friday, February 11, 2011
Siapa Annoying Orange?
Korang pernah dengar tak 'Annoying Orange'? Sebenarnya web series ni dah lama, aku tau mende alah ni pun tak lama dulu pas aku tengok adik aku duk terkekek-kekek depan PC.. sekarang dah masuk season 2 dah.. dan diaorang ni femes hanya dengan menggunakan Youtube je.. siap ada merchandise lagi..
Main character web series ni adalah Orange yang aku boleh simpulkan kat sini sebagai sesuatu yang kejam dengan aktiviti utama menghina dan menyakitkan hati mangsa dia dengan kemahiran memutarkan fakta dan ayat. Hehe, aku rasa lawak plak bila dia buat cmtu.. adakah ini bermakna aku seorang yang kejam? Har Har Har!!
Part yang paling aku suka bila mangsa-mangsa dia panggil dia "Hey, you are crazy.." atau "Hey,stupid..".. dan Orange ni akan balas balik camni, "No,I'm not.I'm an orange!!".. haha..
Korang layan je la salah satu video dia yang aku rasa menarik;
Korang boleh layan video-video lain sama ada di website diaorang sendiri atau di Youtube!
p/s: ada orang tanya apasal aku dah lama tak buat CMD tutorial, sebenarnya aku rasa serba salah mengajar korang mende bukan-bukan..(especially bab prank orang.. hahaha)
Thursday, February 10, 2011
Meh Belajar Cara Mudah Buat Text Ala 3D!
Ada kawan tanya aku camne aku buat typo ala-ala 3D atau skemanya 3D Text Effect dalam entry lepas, so dalam entry hari ni aku nak share dengan korang cara simple nak buat efek ni guna photoshop..
Bahan-bahan yang diperlukan (haha...);
1. Adobe Photoshop (aku guna CS3)
2. Sedikit kreativiti..
3. Idea.. ni paling penting beb!!
Kaedahnya;
1. Gaul bahan-bahan tadi dengan sebati sehingga empuk ya tuan-tuan.. ehehe, okey.. korang type je apa-apa perkataan atas canvas tu.. tak kisah guna font jenis apa, tapi aku prefer yang agak tebal supaya efeknya nanti lebih jelas.
2. Setkan gradient pada text tadi.. nak guna overlay pun bleh.. proses ni cuma untuk membezakan dimensi.. korang bleh skip part ni kalau nak..
3. Setkan stroke, tak payah tebal-tebal.. proses ni pun untuk membezakan dimensi, boleh skip kalau nak..
4. Then, korang select text tadi.. pastikan korang select text tu.. kalau tak proses seterusnya tak kan berjaya..
5. Korang tekan key ALT+Up Arrow+Right Arrow pada keyboard serentak, tekan la berapa kali korang suka.. kat sini aku tekan 8x.. sebenarnya proses ni membuatkan text tadi copy dan paste ke arah yang korang tekan tadi.. Ok!! Dah setel.. simple je kan.. Kalau korang skip step 2 dan 3, total suma 3 step je.. hahaha..
6. Tambahan, untuk pastikan layer korang tak serabut.. korang boleh merge-kan layer text tadi atau group-kan layer tersebut.
7. Korang boleh bereksperimen dengan ubah arah Arrow tu.. ni contoh kalau aku guna ALT+Up Arrow sahaja..
Cool-kan? Pas ni boleh la korang buat header ikut kreativiti sendiri :)
p/s: header untuk kawan-kawan yang request kat aku tempoh hari dah siap, dan ada lagi yang baru request tapi aku hold dulu.. bila aku publish je header yang dah siap tu aku akan re-open request untuk header.. tapi kali ni aku amik 3 je.. pastu aku akan hold balik sampai siap yang 3 tu.. okey kawan-kawan?
Tuesday, February 8, 2011
5 Website Menarik Untuk Colour Palette
Korang tau penggunaan warna(skema seh.. aku sebut kaler je pas ni) dalam sesuatu design tu sangat kritikal.. Kombinasi colour(kaler la..) yang sesuai diperlukan untuk pastikan yang design korang tu tak nampak menyakitkan mata.. atau terlebih striking..
Sebab kadang-kadang penggunaan kaler ni boleh mempengaruhi mood seseorang.. kadang-kadang jugak, penggunaan kaler yang sesuai boleh menyebabkan design korang nampak gerek.. walaupun sebenarnya design korang tu biasa-biasa je.. haa, untuk kawan-kawan blogger.. ni penting untuk header dan template blog korang tu.. kesesuaian tu penting, nak cari kesesuaian tu yang susah.. So, kat sini aku kongsi dengan korang 5 website yang aku selalu masuk untuk mencari kombinasi kaler yang sesuai;
1. COLOURlovers; best siot website ni.. ada banyak colour palette cantik-cantik yang korang boleh guna, dan website ni sebenarnya adalah satu komuniti.
2. Color Hunter; yang ni pun menarik gak.. pasal korang boleh dapatkan colour palette dari mana-mana gambar yang korang nak.. kalau korang upload sesuatu gambar kat website dia akan generate-kan colour palette ikut gambar yang korang upload tu.
3. Kuler; website colour palette yang sangat-sangat cun.. diaorang gunakan flash sebagai interactive.. tak silap aku ni Adobe punya community website ni..
4. ColorCombos; website ni pun ok.. banyak gak la kombinasi colour palette dalam database diaorang.. dan yang best diaorang ada kasi hex code untuk kaler-kaler yang korang pilih. So, memudahkan kerja korang dalam Photoshop nanti..
5. Colorspire; yang ni pun aku suka gak.. sebab korang boleh match-kan terus colour palette dan boleh preview combination tu kat situ gak.
p/s: ada sesetengah website tak kasi hex code dan dan tak boleh download colour palette; so cara yang aku guna adalah print screen colour palette tu dan open kat photoshop.. hahaha,COOL!!
p/s: ada lagi 3 header nak kena buat.. korang tunggu eh.. aku sangat busy cuti raya cina haritu.. nak kentut pun tak sempat.
Tuesday, February 1, 2011
Header Doraemon Untuk Solehah!
Lepas aku publish entry header FREE kelmarin, laju je Solehah mintak header.. Pantas!!Menunjukkan beliau memang rajin terjah blog aku.. So, aku kasi bukan 1 tapi 3 sekali header Doraemon kat dia.. haha..
Aku bukan pro, aku cuma suka main-main dengan photoshop ni.. godek-godek function dalam tu selagi boleh.. sebab tu aku kasi FREE je.. selain menghargai sokongan orang-orang yang selalu masuk blog rojak aku ni.. har har har..
Solehah siap buat entry pasal mende alah ni.. haha.. tapi ada salah faham di situ.. aku bukan buat promosi ye kawan-kawan.. aku cuma beri penghargaan kepada orang-orang yang selalu bertandang ke blog ni je.. aku buat selagi mampu je la ye.. :)
p/s: sebenarnya aku dah siapkan entry ni semalam.. tapi sengaja nak publish hari ni.. haha.. 1st entry untuk Februari!!
p/s lagi: kepada kawan-kawan yang nak header, aku prefer melalui email atau FB.. senang nak borak :) priority pada follower yang selalu terjah blog ni.. har har har
Aku bukan pro, aku cuma suka main-main dengan photoshop ni.. godek-godek function dalam tu selagi boleh.. sebab tu aku kasi FREE je.. selain menghargai sokongan orang-orang yang selalu masuk blog rojak aku ni.. har har har..
Solehah siap buat entry pasal mende alah ni.. haha.. tapi ada salah faham di situ.. aku bukan buat promosi ye kawan-kawan.. aku cuma beri penghargaan kepada orang-orang yang selalu bertandang ke blog ni je.. aku buat selagi mampu je la ye.. :)
p/s: sebenarnya aku dah siapkan entry ni semalam.. tapi sengaja nak publish hari ni.. haha.. 1st entry untuk Februari!!
p/s lagi: kepada kawan-kawan yang nak header, aku prefer melalui email atau FB.. senang nak borak :) priority pada follower yang selalu terjah blog ni.. har har har
Subscribe to:
Posts (Atom)